Tuesday, January 8, 2013

Dugaan

Salam

Tahun 2013....usia semakin meningkat.apakah amalan yang terbaik kita untuk bekalan akhirat? azam baru saya kira. cuba menulis sebaik mungkin meskipun laman ini sudah kurang pengunjungnya.

4th January, Jumaat

Saya kehilangan insan yang paling lembut dan sabar yang saya pernah temui dalam kehidupan ini. Sedih dan kehilangan masih saya rasai tika saya menaip papan kekunci ini. Kematian itu pasti dan dunia ini terlalu hina untuk ditangisi, satu teguran yang Allah beri pada saya. Entah mengapa saya benar2 terkesan dengan pemergian insan ini. Urusan dia di dunia sebagai khalifah dan hamba sudah selesai. Saya?Wallahu'alam. Moga Allah jadikan saya insan yang lebih sabar, ikhlas dan tenang dalam menghadapi dugaan ini.

Sesungguh nya resah itu selalu sahaja ada ubatnya. Kegagalan kita sebagai hamba yang tidak mampu membezakan di antara cinta kekal dan sementara sentiasa menyebabkan kita kalah kepada nafsu. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang mencintaiMU lebih dari dunia dan seisinya.

Cinta Tak Mengenal Usia?

Tinta Mujahidah

Monday, December 24, 2012

Sukarnya mencari SAHABAT

Setahun berlalu tanpa sebarang catatan. Berkira2 sekali lagi untuk memulakan coretan baru di lembaran lain.InsyaAllah sooner or later :). Saat berjaulah singkat bersama seorang shabat tempoh hari yang lalu ada satu soalan yang dilontarkan yang membuat saya masih terpk2 sehingga hari ini. "Adakah di dalam hidup ini kita punya sahabat sejati?". Jujur , teman tawa 1000 orang boleh dcari, tapi sahabat yang mampu berkorban jiwa dan raga?seorang pun belum tentu mampu ditemui. Ada banyak perkara yng berlaku tahun 2012. Semoga Allah memberikan aku apa yang aku perlukan . 2013?tinggal beberapa detik sahaja. Makin tua, makin hebatkah amalan. Semoga Allah redha padaku.

Tinta Mujahidah

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharam

Salam
Setengah tahun tidak menulis apa2 di dalam blog ini..terpk jg untuk buka blog baru menandakan permulaan baru dalam kehidupan saya. Banyak perkara pahit dan manis yang dah berlaku...semoga Allah kurniakan kekuatan luar biasa. Untuk KEKASIH DI ATAS sana, maaf untuk segala syak wasangka..sungguh saya benar2 jahil. Adakalanya rasa mahulari dari semua ini....tapi bila tersedar..inilah dunia realiti yang acapkali diuar2kan oleh senior2 sejak di bangku kampus dahulu. Rindu untuk bergelar pelajar kembali....sungguh..tapi komitmen yang ada telah membataskan saya untuk membuat keputusan sedemikian rupa. Tiada istilah untuk kembali ke masa lepas sebab masa itu sentiasa bergerak. Risau jugak kalau keputusan untuk 'pergi' dari tempat itu bukanlah yang terbaik. Entahla. Should i give myself a few months lagi. Can i take it into consideration. Bingung.Hem....Oklah pen off dulu. Esok awal muharam, permulaan baru dalam bulan islam. Kurniakanlah tahun baru yang lebih baik dari yang lalu...1423H.amin


Friday, June 3, 2011

Antara Dua Cinta

Salam,


Tangan kaku untuk mencoret sebarang catatan di blog kesayangan saya. Anda pernah dengar ada ramai orang yang berkata bahawa "SYURGA ITU MAHAL HARGANYA?". Pada saya, syurga itu memang sangat mahal harganya, hatta dijual dunia seisinya..masih tak mampu membayarnya. Saya ingin berkongsi lagu yang punya lirik yang indah buat anda semua. Semoga KEKASIH SEBENAR saya akan beri saya kekuatan untuk maju dan laju di jalan ini. Jujur..saya rindu pertemuan itu.



Antara Dua Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh