Merindui pelangi tatkala bersendirian....rasanya kali terakhir melihat pelangi herm 2 bulan yang lalu.Merindui juga Miss A tatkala ini....andai kamu membacanya...banyak cerita yang tak mampu saya tulis dalam sms,maaf juga untuk hak2 yang tak dapat ditunaikan selama berpraktikal ini,insyaAllah sem baru nie moga2 lebih baik ..kerana sentiasa manusia itu merancang dgn cita2nya,namun YANG DI ATAS merancang dgn CINTANYA.Masih mencari mood untuk menulis entry yang tertunggak...hehe.Semoga diberi kekuatan.Oh ye 2 hari yang lalu menziarah seorang anak jiran di hospital...muda setahun dari saya....kanser paru-paru.Herm..andai saya mampu membawa sidang pembaca melihat keadaannya...sangat menginsafkan.Benar,ujian itu diberikan kepada setiap insan bersesuaian dengan kemampuannya.Merindui juga pada insan yang telah pergi meninggalkan alam fana ini...semoga ditempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat.
P.E.L.A.N.G.I
Ada seorang yang sangat rapat dengan saya menyatakan bahawa...seorang manusia itu perlu punya pendiriannya yang tersendiri.Perlu lebih tegas biarpun ada yang tak memahami.Perlu lebih tegas biarpun banyak spekulasi yang dilakukan.Perlu lebih tegas bila ada yang menyatakan kita punya banyak sebab.Jangan jadi seperti lalang....paling terusik bila sahabat ini mengatakan "DIA lebih mengetahui,sedangkan mereka tidak mengetahui setiap yang berlaku",jadi mohonlah padaNYA.Moral of the story,husnudzhon...TERIMA KASIH KEKASIH HATI(^-^) YANG DIATAS.
Tinta Mujahidah,
Cahayakebahagiaan
-pasti ada kemudahan selepas kesusahan-
Tinta Mujahidah,
Cahayakebahagiaan
-pasti ada kemudahan selepas kesusahan-