Friday, June 3, 2011

Antara Dua Cinta

Salam,


Tangan kaku untuk mencoret sebarang catatan di blog kesayangan saya. Anda pernah dengar ada ramai orang yang berkata bahawa "SYURGA ITU MAHAL HARGANYA?". Pada saya, syurga itu memang sangat mahal harganya, hatta dijual dunia seisinya..masih tak mampu membayarnya. Saya ingin berkongsi lagu yang punya lirik yang indah buat anda semua. Semoga KEKASIH SEBENAR saya akan beri saya kekuatan untuk maju dan laju di jalan ini. Jujur..saya rindu pertemuan itu.



Antara Dua Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh