Sunday, June 20, 2010

Impian Dan Saya

Sunday, 20th June 2010


Salam,sudah lama saya tidak meninggalkan sebarang jejak di sini...ada dua bulan saya kira. Apapun rasa bersyukur,sedikit sedih,sedikit gementar dan berbagai perasaan yang bermain di benak saya pada saat saya menulis coretan ini. Rasa bersyukur kerana penantian selama 4 tahun untuk merangkul segulung ijazah akhirnya tercapai juga. Sedikit sedih kerana bakal meninggalkan tempat saya menerima curahan ilmu yang tidak terkira banyaknya. Sedikit gementar dengan pelbagai keputusan yang saya perlu lakukan untuk kehidupan saya, keluarga dan mereka yang saya sayangi. Izinkan saya mengimbau kembali detik2 terakhir saya di bumi hijau itu, saat peperiksaan yang bakal saya rindui...dewan2 yang menjadi saksi perjuangan kami setiap sem, perpustakaan yang menjadi tempat pilihan saya setiap masa, laluan2 ke pusanika yang dipenuhi dengan mereka yang cintakan ilmu, lab2 yang saya rindui[sudah merindui untuk bermain dengan mikrob dan chemicals] dan pelbagai tempat yang pastinya akan tercatit di dalam memori hidup saya. 


Cukuplah saya nyatakan bahawa tahun akhir itu merupakan tahun yang paling menuntut kesabaran saya, hanya mereka yang tertentu sahaja mengetahuinya. Cabaran dari aspek fizikal, mental dan emosi......waktu kerehatan itu adalah solat dan usrah. Setiap kali saya menghadiri liqa' entah mengapa hilang sahaja masalah di kepala. Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itu pengubat bagi hati yang rawan. Al-insyirah yang berulang kali saya baca saat hati begitu kurang sabar melayan kerenah perasaan dan manusia. Alhamdulillah saya temui ketenangan dan kesabaran. Itulah sumber kekuatan kamu wahai mukmin



Sesuatu yang bermula kan pasti berakhir...itulah kehidupan...di dunia. Yang sentiasa kekal dan tetap..adalah KEKASIH TERAGUNG saya, kamu dan kamu juga. Saya yakin mereka yang diluar sana punya cerita yang lebih hebat berbanding coretan biasa saya...anggaplah ini sebagai satu perkongsian kecil dari saya....yang bergelar hamba dan sentiasa mengharap  agar mampu menjadi khalifah dalam erti kata yang sebenar. Kesunyian saya selama dua bulan juga menyaksikan pelbagai telah datang dan pergi...ada yang duka tak kurang juga yang gembira. Sungguh Allah menduga hambaNYA bukan kerana dia membenci namun sebagai tanda kasih dan sayang, agar kita belajar dan sentiasa menjadi orang yang bersyukur. 





Alhamdulillah saya panjatkan syukur padanya.....keputusan akhir bagi semester ini...luar dari jangkaan saya...terima kasih ya Allah. Moga mereka yang saya sayangi dan sahabat2 saya juga..turut sama mencapai keputusan yang cemerlang...Bercakap soal tamat belajar ini membawa saya kepada satu perkataan yang selalu saya fikirkan sedari awal saya berumur 7 tahun...kalau dahulu saya panggilnya cita2..namun kini saya panggilnya sebagai impian....perancangan di atas sentiasa yang terbaik. Itu perkara yang sentiasa saya cuba sematkan di dalam..walaupun adakalanya...hati ini sangat degil. Tak sangka saya akan bergraduasi dengan ijazah sains makanan dengan pengurusan perniagaan pada hari ini, satu kursus yang tak pernah terlintas di dalam fikiran satu masa dahulu. Apapun..saya sangat bersyukur...sangat dan amat, saya yakin ini yang terbaik kerana...dia telah menuliskan takdir ini kepada saya. Tidak pernah ada yang kebetulan di dalam kehidupan ini, semuanya suratan belaka...:-). Belajarlah untuk menghargai apa yang kita punyai.





Ada apa dengan impian?
Saya menyimpan setiap daripada impian saya di dalam satu sudut hati saya. Adakalanya, saya juga meragui kebolehan saya untuk meraih impian ini. Bak kata ibu saya, saya punya "penyakit LC"..mungkin benar. Yang pasti saat ini saya hanya mampu berusaha..selebihnya saya serahkan pada DIA....Kata kakak saya perlu murnikan niat saya untuk mencapai impian tersebut....kerana hanya dengan niat yang bersih dan murni maka ada keberkatan di situ. Ye, saya sangat bersetuju. Biar impian ini seiring sejalan...duniawi dan ukhrawi. 



Dalam perjalanan menggapai impian yang kita impikan, kita akan berhadapan dengan pilihan2 dan faktor terpenting yang akhirnya menjadi syarat sama ada impian itu akan tercapai atau tidak. Saat hati menangis kerana terlalu merajuk dengan jawapan2 yang tidak menepati apa yang kita mahukan, saat hati mahu diberi kekuatan kerana tak mampu melepaskan pergi apa yang kita mahukan...mintalah pada DIA sahaja, kerana apa?kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kamu. YaAllah, semoga keputusan ini yang terbaik.



Tinta Yang Berkata-kata
Apakah kayu pengukur kepada keberjayaan kita di dalam hidup?Saya bukanlah insan yang terbaik untuk mengupas satu persatu indikator kepada keberjayaan ini. Izinkan saya memberikan secebis pendapat , kalau kamu memilih harta yang banyak sebagai indikator kepada keberjayaan kamu..maka kamu akan menjadi seperti qarun yang akhirnya tenggelam di laut, andai kamu memilih kerjaya kamu yang gilang gemilang sebagai indikator kamu mampu disanjung tinggi maka kamu akan menjadi insan yang sentiasa mendabik dada, namun andai kamu menjadikan ketaatan kepada KEKASIH TERAGUNG,rasul kamu, agama kamu dan ibu bapa serta pakaian dirimu adalah taqwa dan kesederhanaan maka kamulah orang yang paling berjaya di dunia dan akhirat  ....Kata ibu juga, mereka yang kaya jiwa bukanlah mereka yang tergugat melihat kekayaan yang ada di dunia...tapi mereka yang menjadikan agama sebagai harta yang lebih bernilai dari seisinya.


Sehingga kini, saya begitu cemburu melihat mereka yang hebat namun punya kerendahan hati. Satu muhasabah buat diri dan sidang pembaca. Jadilah kamu seperti padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Biarkan tinta ini menjadi hamba yang bersyukur, hamba yang bertaqwa,  dan hamba yang punya kerendahan hati. Saya mahu bertemu dengan mereka yang punya jiwa yang besar dan kerendahan hati yang tinggi kerana mereka ini adalah insan2 yang mampu meletakkan dunia di dalam genggaman. Saya pernah berhadapan dengan mereka yang terlalu asyik mengira2 kehebatan sendiri. Jujurnya, saya amat kasihan dengan insan seperti ini...kerana apa?kerana betapa mereka tidak menyedari bahawa kehebatan2 itu pastinya dicipta oleh YANG MAHA HEBAT sedangkan kita terlalu kerdil..nampaknya kerja kita masih banyak...usaha untuk "mencetak" manusia menjadi manusia sebenar perlu dilakukan dengan lebih hebat lagi...insyaAllah sooner or later kita akan melihat mereka yang lahir adalah mereka yang mempunyai jiwa yang besar. 




Tinta Yang Tersenyum
Hari ini saya menghadiri pelancaran ikram.....satu lagi sejarah baru yang bakal tercatat di dalam diari , hari yang paling bermakna, hari yang paling menyuntik semangat...kesatuan yang saya nantikan. Semoga kerja dakwah akan lebih rancak lagi di bumi kita berpijak. 


Persoalan
Statement ibu petang tadi membuatkan saya sedikit blur...."oh mak ingat lagi yer"...."mana mak boleyh lupa...apa nama kereta nie yer"..saya hanya tersenyum. Seorang ibu memang begitu...saya bukan seorang ibu lagi....kerana itu saya tak memahami..insyaAllah sooner or later. Biar yang berlalu itu terus berlalu...masih berbekas...moga perasaan amarah bukan jalan terbaik untuk disimpan..Allah tahu apa yang terbaik. Cuma yang saya tahu what u give, u get back..sama ada di dunia ataupun di akhirat...setiap zarah itu akan dinilai.


Harapan saya, agar setiap daripada penulisan ini dapat dihadam dengan baik, saya menulisnya sebagai perkongsian buat diri saya terutamanya dan anda yang membaca. Bakal memasuki satu fasa baru lagi di dalam kehidupan saya. Bekerja. Doakan yang terbaik. 


Buat Mereka Yang Saya Sayangi
Kepada Ibu, Kakak, abang dan adik2 saya...ketahuilah..kamu sumber kekuatan saya. Kerna kita berdiri di atas kaki sendiri itu yang menjadikan kita lebih istimewa :-)...Yakinlah lara dan tangis itu takkan berpanjangan...mentari akan tersenyum..di ufuk sana adalah ufuk kegemilangan. Buat bonda dan ayahanda tersenyum bangga. Jadikan diri kita bermanfaat untuk ummah dan agama. Saya yakin dia akan memberikan kita dengan yang lebih besar daripada apa yang kita hilang. DIA hanya menguji mereka yang MAMPU. Saya tahu kamu semua mahu berkongsi kejayaan dengan dia yang telah pergi. Kejayaan saya pada hari ini adalah untuk bonda, adik beradik dan abah yang saya cintai. 


Untuk akhawat, terima kasih kerana selalu mendokong saya


P/S: di sana ada mentari yang tersenyum indah, teruslah tersenyum..


Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-ingin berkongsi kejayaan dengan yang tersayang-