Friday, August 20, 2010

Mencari Mutiara Di Dasar Hati

Friday, 20th Ogos 2010


Salam...
Alhamdulillah..hari ini kita melangkah hari ke 10 berpuasa....:-)...Syukur kerna DIA masih memberi peluang untuk kita bertemu dengan bulan ini. Ramadhan tahun ini..ada ceritanya tersendiri...Hidup ini takkan pernah sunyi tanpa ujian dariNYA..Oleh sebab itu, saya sentiasa cuba mencari antidote terbaik untuk menjadi lebih kuat di dalam hari-hari yang mendatang. Yang paling penting..jangan putus harap dengan apa yang berlaku dan bersyukurlah dengan apa yang diberikan pada saat dan ketika ini. Saya sedar bahawa untuk menjadi positif, berbaik sangka itu bukanlah perkara mudah..ianya memerlukan latihan...LATIHAN SEPANJANG HAYAT


Oh ye....bercakap soal ini mengingatkan saya kepada satu kursus yang berkisar mengenai komunikasi di dalam pengajaran di pejabat saya dua minggu yang lalu, kata penceramah tersebut "Produktiviti seseorang manusia itu akan meningkat 10 kali ganda sekiranya dia melakukan sesuatu perkara yang disukai". Entah mengapa hal tersebut sentiasa terngiang2 di benak saya selama berhari2...Mungkin saya sudah mula berfikir untuk melakukan pekerjaan yang lebih dekat di jiwa saya...yang lebih menjadikan hari2 saya lebih bermakna (^-^). Saya perlukan suasana2 yang menyenangkan untuk bekerja...terlalu memilihkah?...Pada hemat saya, ada baiknya working environment itu menenangkan untuk menjadikan kita lebih bersemangat ke tempat kerja. Stress ada di mana2..namun seandainya working environment ok dan relationship between workers ok...rasanya stress itu bukanlah satu isu yang besar. Erm..ntahla..perlukan masa untuk identify (^-^). Doakan saya dipermudahkan untuk segala keputusan selepas ini....Saya kongsikan sinopsis buku kegemaran saya....MENCARI MUTIARA DI DASAR HATI yang ditulis oleh Muhammad Nursani






Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-mencari mutiara di dasar hati-



Monday, July 26, 2010

Gerimis

Monday, 26th July 2010

Salam....
hampir sebulan memasuki fasa baru di dalam kehidupan...ada manis dan pahitnya..:-)...ada kemungkinan juga dalam masa-masa ini saya sudah sedikit sebanyak mengetahui apa yang saya mahukan di dalam kehidupan ini.Entah mengapa sejak dua menjak ini amat sukar benar untuk positif di dalam fasa baru...mujahadah yang tinggi diperlukan...semoga Allah mudahkan segalanya...mungkin ada sedikit perubahan yang saya perlu lakukan untuk menjadi lebih positif....sabr, tenang dan cuba bersyukur dengan setiap apa yang ada akan menjadikan kita lebih positif.Saya suka berdiskusi soal ini dengan orang yang lebih punya pengalaman..supaya saya kembali refleksi diri saya.Untuk akhawat yang saya rindui..terima kasih kerana cuba memahami situasi saya..insyaAllah..saya akan cuba menyelesaikan satu persatu dan lebih commit untuk mad'u2 yang dahagakan tarbiyyah.....Perbezaan di antara waktu belajar dan bekerja itu amat ketara...kalau dahulu kamu punya masa di antara waktu2 senggang...kini...semua masa perlu digunakan semaksimum mungkin untuk menyelesaikan segala yang tertunggak....wang perolehan setiap bulan itu adalah duit rakyat...oleh itu amanah yang tertanggung ini perlu dilaksanakan sepenuhnya......Tinggal 17 minit sahaja lagi waktu bekerja saya akan mula...perlu mengundur diri untuk mempersiapkan minda untuk bekerja...Apa yang saya perlukan tika ini....KEKUATAN...Allahumma yassir wala tu'assir

-tinta mujahidah-
-cahayakebahagiaan-
-gerimis-

Sunday, June 20, 2010

Impian Dan Saya

Sunday, 20th June 2010


Salam,sudah lama saya tidak meninggalkan sebarang jejak di sini...ada dua bulan saya kira. Apapun rasa bersyukur,sedikit sedih,sedikit gementar dan berbagai perasaan yang bermain di benak saya pada saat saya menulis coretan ini. Rasa bersyukur kerana penantian selama 4 tahun untuk merangkul segulung ijazah akhirnya tercapai juga. Sedikit sedih kerana bakal meninggalkan tempat saya menerima curahan ilmu yang tidak terkira banyaknya. Sedikit gementar dengan pelbagai keputusan yang saya perlu lakukan untuk kehidupan saya, keluarga dan mereka yang saya sayangi. Izinkan saya mengimbau kembali detik2 terakhir saya di bumi hijau itu, saat peperiksaan yang bakal saya rindui...dewan2 yang menjadi saksi perjuangan kami setiap sem, perpustakaan yang menjadi tempat pilihan saya setiap masa, laluan2 ke pusanika yang dipenuhi dengan mereka yang cintakan ilmu, lab2 yang saya rindui[sudah merindui untuk bermain dengan mikrob dan chemicals] dan pelbagai tempat yang pastinya akan tercatit di dalam memori hidup saya. 


Cukuplah saya nyatakan bahawa tahun akhir itu merupakan tahun yang paling menuntut kesabaran saya, hanya mereka yang tertentu sahaja mengetahuinya. Cabaran dari aspek fizikal, mental dan emosi......waktu kerehatan itu adalah solat dan usrah. Setiap kali saya menghadiri liqa' entah mengapa hilang sahaja masalah di kepala. Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itu pengubat bagi hati yang rawan. Al-insyirah yang berulang kali saya baca saat hati begitu kurang sabar melayan kerenah perasaan dan manusia. Alhamdulillah saya temui ketenangan dan kesabaran. Itulah sumber kekuatan kamu wahai mukmin



Sesuatu yang bermula kan pasti berakhir...itulah kehidupan...di dunia. Yang sentiasa kekal dan tetap..adalah KEKASIH TERAGUNG saya, kamu dan kamu juga. Saya yakin mereka yang diluar sana punya cerita yang lebih hebat berbanding coretan biasa saya...anggaplah ini sebagai satu perkongsian kecil dari saya....yang bergelar hamba dan sentiasa mengharap  agar mampu menjadi khalifah dalam erti kata yang sebenar. Kesunyian saya selama dua bulan juga menyaksikan pelbagai telah datang dan pergi...ada yang duka tak kurang juga yang gembira. Sungguh Allah menduga hambaNYA bukan kerana dia membenci namun sebagai tanda kasih dan sayang, agar kita belajar dan sentiasa menjadi orang yang bersyukur. 





Alhamdulillah saya panjatkan syukur padanya.....keputusan akhir bagi semester ini...luar dari jangkaan saya...terima kasih ya Allah. Moga mereka yang saya sayangi dan sahabat2 saya juga..turut sama mencapai keputusan yang cemerlang...Bercakap soal tamat belajar ini membawa saya kepada satu perkataan yang selalu saya fikirkan sedari awal saya berumur 7 tahun...kalau dahulu saya panggilnya cita2..namun kini saya panggilnya sebagai impian....perancangan di atas sentiasa yang terbaik. Itu perkara yang sentiasa saya cuba sematkan di dalam..walaupun adakalanya...hati ini sangat degil. Tak sangka saya akan bergraduasi dengan ijazah sains makanan dengan pengurusan perniagaan pada hari ini, satu kursus yang tak pernah terlintas di dalam fikiran satu masa dahulu. Apapun..saya sangat bersyukur...sangat dan amat, saya yakin ini yang terbaik kerana...dia telah menuliskan takdir ini kepada saya. Tidak pernah ada yang kebetulan di dalam kehidupan ini, semuanya suratan belaka...:-). Belajarlah untuk menghargai apa yang kita punyai.





Ada apa dengan impian?
Saya menyimpan setiap daripada impian saya di dalam satu sudut hati saya. Adakalanya, saya juga meragui kebolehan saya untuk meraih impian ini. Bak kata ibu saya, saya punya "penyakit LC"..mungkin benar. Yang pasti saat ini saya hanya mampu berusaha..selebihnya saya serahkan pada DIA....Kata kakak saya perlu murnikan niat saya untuk mencapai impian tersebut....kerana hanya dengan niat yang bersih dan murni maka ada keberkatan di situ. Ye, saya sangat bersetuju. Biar impian ini seiring sejalan...duniawi dan ukhrawi. 



Dalam perjalanan menggapai impian yang kita impikan, kita akan berhadapan dengan pilihan2 dan faktor terpenting yang akhirnya menjadi syarat sama ada impian itu akan tercapai atau tidak. Saat hati menangis kerana terlalu merajuk dengan jawapan2 yang tidak menepati apa yang kita mahukan, saat hati mahu diberi kekuatan kerana tak mampu melepaskan pergi apa yang kita mahukan...mintalah pada DIA sahaja, kerana apa?kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kamu. YaAllah, semoga keputusan ini yang terbaik.



Tinta Yang Berkata-kata
Apakah kayu pengukur kepada keberjayaan kita di dalam hidup?Saya bukanlah insan yang terbaik untuk mengupas satu persatu indikator kepada keberjayaan ini. Izinkan saya memberikan secebis pendapat , kalau kamu memilih harta yang banyak sebagai indikator kepada keberjayaan kamu..maka kamu akan menjadi seperti qarun yang akhirnya tenggelam di laut, andai kamu memilih kerjaya kamu yang gilang gemilang sebagai indikator kamu mampu disanjung tinggi maka kamu akan menjadi insan yang sentiasa mendabik dada, namun andai kamu menjadikan ketaatan kepada KEKASIH TERAGUNG,rasul kamu, agama kamu dan ibu bapa serta pakaian dirimu adalah taqwa dan kesederhanaan maka kamulah orang yang paling berjaya di dunia dan akhirat  ....Kata ibu juga, mereka yang kaya jiwa bukanlah mereka yang tergugat melihat kekayaan yang ada di dunia...tapi mereka yang menjadikan agama sebagai harta yang lebih bernilai dari seisinya.


Sehingga kini, saya begitu cemburu melihat mereka yang hebat namun punya kerendahan hati. Satu muhasabah buat diri dan sidang pembaca. Jadilah kamu seperti padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Biarkan tinta ini menjadi hamba yang bersyukur, hamba yang bertaqwa,  dan hamba yang punya kerendahan hati. Saya mahu bertemu dengan mereka yang punya jiwa yang besar dan kerendahan hati yang tinggi kerana mereka ini adalah insan2 yang mampu meletakkan dunia di dalam genggaman. Saya pernah berhadapan dengan mereka yang terlalu asyik mengira2 kehebatan sendiri. Jujurnya, saya amat kasihan dengan insan seperti ini...kerana apa?kerana betapa mereka tidak menyedari bahawa kehebatan2 itu pastinya dicipta oleh YANG MAHA HEBAT sedangkan kita terlalu kerdil..nampaknya kerja kita masih banyak...usaha untuk "mencetak" manusia menjadi manusia sebenar perlu dilakukan dengan lebih hebat lagi...insyaAllah sooner or later kita akan melihat mereka yang lahir adalah mereka yang mempunyai jiwa yang besar. 




Tinta Yang Tersenyum
Hari ini saya menghadiri pelancaran ikram.....satu lagi sejarah baru yang bakal tercatat di dalam diari , hari yang paling bermakna, hari yang paling menyuntik semangat...kesatuan yang saya nantikan. Semoga kerja dakwah akan lebih rancak lagi di bumi kita berpijak. 


Persoalan
Statement ibu petang tadi membuatkan saya sedikit blur...."oh mak ingat lagi yer"...."mana mak boleyh lupa...apa nama kereta nie yer"..saya hanya tersenyum. Seorang ibu memang begitu...saya bukan seorang ibu lagi....kerana itu saya tak memahami..insyaAllah sooner or later. Biar yang berlalu itu terus berlalu...masih berbekas...moga perasaan amarah bukan jalan terbaik untuk disimpan..Allah tahu apa yang terbaik. Cuma yang saya tahu what u give, u get back..sama ada di dunia ataupun di akhirat...setiap zarah itu akan dinilai.


Harapan saya, agar setiap daripada penulisan ini dapat dihadam dengan baik, saya menulisnya sebagai perkongsian buat diri saya terutamanya dan anda yang membaca. Bakal memasuki satu fasa baru lagi di dalam kehidupan saya. Bekerja. Doakan yang terbaik. 


Buat Mereka Yang Saya Sayangi
Kepada Ibu, Kakak, abang dan adik2 saya...ketahuilah..kamu sumber kekuatan saya. Kerna kita berdiri di atas kaki sendiri itu yang menjadikan kita lebih istimewa :-)...Yakinlah lara dan tangis itu takkan berpanjangan...mentari akan tersenyum..di ufuk sana adalah ufuk kegemilangan. Buat bonda dan ayahanda tersenyum bangga. Jadikan diri kita bermanfaat untuk ummah dan agama. Saya yakin dia akan memberikan kita dengan yang lebih besar daripada apa yang kita hilang. DIA hanya menguji mereka yang MAMPU. Saya tahu kamu semua mahu berkongsi kejayaan dengan dia yang telah pergi. Kejayaan saya pada hari ini adalah untuk bonda, adik beradik dan abah yang saya cintai. 


Untuk akhawat, terima kasih kerana selalu mendokong saya


P/S: di sana ada mentari yang tersenyum indah, teruslah tersenyum..


Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-ingin berkongsi kejayaan dengan yang tersayang-


Monday, April 19, 2010

Keagungan-NYA

Monday 19th April 2009

Salam...hari ini aku menyaksikan keagungan kuasaNYA....Buat kekasih teragung...maaf diatas cinta2 yang tak tertunai..thabatkanku..bersihkan hatiku..pertemukan aku dengan mereka yang mahukan kebaikan....saat jiwa sesak dan sukar..KAU hadiahkan kemudahan yang dirasai di hati.....permudahkan juga mereka2 yang aku sayangi...jadikan jiwa mereka tenang..hindarkan hati mereka dengan rasa amarah..benci...dan hasad...satukan hati2 kami..sebagaimana engkau satukan para sahabat ya Allah...tiada cinta yang lebih hebat ya Allah...andai ini satu ujian penguat cinta dan kasih ya Allah...jadikan kami hamba yang mampu menempuh dugaan. Tingkatkan keimanan kami ya Allah,.izinkan kami menjadi penyambung jalan ini...kami ingin menjadi penghuni syurga mu ya ALLAH..


“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 30)




Mode: Merindui zaman2 bersama


Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-jadikan aku lebih sabar ya Allah..kerana Sabar itu mentari-

Saturday, April 3, 2010

Sedingin Pawana Semalam

Friday, 2 April 2010








Salam.....
hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi saya akan menamatkan tahun terakhir saya di sini...bila diimbas kembali sungguh..masa itu cepat berlalu...kalau dahulu saya berkira2 untuk cepat menjejakkan ke alam seterusnya..namun kini..tak puas rasanya lagi untuk berada di bumi..di mana saya menerima tarbiyyah..di bumi..di mana saya bertemu dengan insan yang sama2 mahukan kebaikan...di mana saya cuba untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam...Kata kakak...ada bezanya...perasaan bila "kita" dan "mereka" bergraduasi...Untuk "kita"..graduasi ini bukanlah jalan penamat kepada perjuangan kita di bumi ini..tapi satu permulaan untuk mehnah dan tribulasi yang lebih besar...perlu lebih kuat dan gagah...perlu hati yang kental dan tegar untuk memikul kebenaran....There's a lot of things happened in just a few months. Sehingga adakalanya boleyh menjadikan hati sangat heartless untuk certain things. Biarkan hati ini heartless untuk perkara2 yang tak perlu saya fikirkan...namun ya Allah..jangan biarkan hati ini hilang perasaan dalam amal dakwah ini....patrikan ia di dalam jiwa ini ya Allah..

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik" (Surah Yusuf:108)

Sebuah Harapan

Saya ungkapkan kata harapan kepada dia yang bakal menyambung rantaian di bumi ini saat liqa' bersama..saya ceritakan kepadanya....jalan2 untuk menuju ke arah kegemilangan itu......saya ceritakan betapa indahnya jiwa ini menerima tarbiyyah...moga dia memahami. Saya tak mampu berjanji akan sentiasa berada bersama...tapi..yakinlah...doa....yang tak putus2...sentiasa ada agar dakwah dan tarbiyyah ini akan sentiasa subur dan mewangi.

Berkata Benarlah
Saya katakan kepada nya...andai ada saudaramu yang berhajat terhadap sesuatu mengenai kamu..maka...saat di tanya perkhabaran berita yang benar...maka janganlah menafikannya...kerna saudaramu mungkin akan merasa terkilan yang amat di dalam hati. Biarpun tiada kata yang dilontarkan..ketahuilah bahawa..walaupun dia seorang murabbi...walaupun dia seorang daie...dia juga punya perasaan dan hati untuk disantuni...Dia bukanlah kalis kepada segala rasa yang ada seperti robot....Untuk bonda, kekanda dan seluruhnya...terima kasih di atas sokongan (^-^). Dont worry...i am really ok... (^-~)...klu sy gagal kerana sbb yang tidak relevan pd hari ini..maka pasti saya akan menyesal di kemudian hari.....Saya tahu...kakak memandang saya dengan pandangan 1001 persoalan...apakah respon saya terhadap hal tersebut....saat dia mengulas satu persatu akan hal yg berlaku...saya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum mendengar ulasan yang agak panjang lebar...."Kenapa diam....?tak nak respon ke?"...Maka saya hanya menjawab "Mengenali keluarga itu mungkin satu kelebihan tetapi bukan satu jaminan"...Saya tahu..bonda juga pelik melihat respon saya terhadap perkara tersebut...."Hepi jer nampak?"..."Hehe..a'ah rasa biasa jer.....insyaAllah ada hikmah". Cruel to be kind?....wallahu'alam....Hanya DIA Maha Mengetahui...Saya doakan yang terbaik...untuk semua insan yang pernah singgah di dalam kehidupan saya.

Sabar Itu Mentari

Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”  

Untuk ujian..dugaan dan cabaran yang menjadi asam garam kehidupan ini..moga Allah kuatkan semangat ini untuk menhadapinya..kerana Tanpa DIA....saya akan gagal...Tidak ada kudrat melainkan....kehendakNYA untuk memberikan kekuatan kepada saya...

Di dalam sepotong hadith yang panjang riwayat Muslim, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:





“Dan sabar itu sinar seperti mentari”







Ini Cerita SAYA,KAMU DAN KAMU..
Tika itu saya mendengar bait2 indah yang keluar dari bibir seorang teman saya.....tika itu..saya melihat ada butiran jernih di kelopak matanya....Tika itu juga saya merasa sedikit kesal dengan insan2 yang saya sayangi kerana Allah...Perkataan berlapang dada itu berlegar2 di benak saya....serendah2 ukhuwah itu berlapang dada...betapa saya mengakui gagalnya saya untuk berlapang dada pada tika itu...maaf sahabat...saya mencintai kamu kerana Allah...kerana itu saya tak mampu melihat kamu dan berkata walaupun sepatah untuk menahan rasa di dalam jiwa...Mungkin ada waktunya saya terlupa untuk mengingati kamu dalam doa rabitah itu..Bukan saya yang memberi hidayah...tetapi KEKASIH TERAGUNG...Adakah hedonisme ini yang diangkat dan dijulang oleh saudara seaqidah kita?Tidak tercalarkah maruah agama kita sebagai muslim?Sudah benarkah janji kita semasa di alam roh kepada pencipta yang kita akan memegang tanggungjawab sebagai khalifah?Ketauilah bahawa agama ini sedang diancam wahai sahabat...MEREKA itu sedang mengancam kita dengan budaya hedonisme..Layakkah kita bangga dan tersenyum bila maruah agama dicabuli?Bukan hati membenci kamu....tetapi ingin saya ceritakan realiti kita..Ada beza antara kita sebagai muslim dan yang bukan..Indah kita kerana agama ini syumul..indah kita kerana aurat kita sebagai wanita dititik berat..jangan biarkan kita menggadaikan maruah agama kerana ada yang berkata kita :"outdated" dan berlumba2 yang manakah lebih anggun di mata manusia..Biar dia memandang kita dengan kecantikan kita sebagai muslimah... kerana apa?..Kerana kurnia syurga itu lebih indah daripada apa yang kita dengar...Sahabat...saya tahu..saya buka insan yang terbaik untuk melontarkan kata....namun saya yakini...andai kita mahu menjadi umat yang terbaik seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran maka..jadilah permata yang sentiasa berkilau di celahan kaca.....mahal...sukar dilihat..sukar disentuh...tetapi indah....Mungkin saya memerlukan masa untuk menjadi neutral...maafkan saya. Kerana harga untuk berjuang itu perlu dibayar dengan pengorbanan maka tidak ramai yang mampu melakukannya...malam itu benar2 menginsafkan saya...moga Allah memberi hidayah..mengampunkan dosa....dan menguatkan semangat ini untuk berjuang....Bicara soal ini sewaktu perjalanan pulang dari liqa' smalam...ada beberapa resolusi yg saya kira amat relevan:-

1. kerja kita masih byk....
2.jangan ada high expectation...andai tak menepati..pasti kecewa..


Doa ini saya hadiahkan kepada mereka yang tak pernah kenal erti henti dalam berjuang...ukhuwwahfillah


Doa Rabithah 
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMu




Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan





Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMu





Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan





Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya





Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…





Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu





Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela





Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu





Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela





Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya





Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam





Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

Ya Robbi bimbinglah kami…













Tinta Mujahidah





-Lepaskan Hati ini dari Dunia Ya Allah-
-Kerana ukhuwwah ini terbina atas dasar aqidah-





-cahayakebahagiaan-