Friday, 20th Ogos 2010
Salam...
Alhamdulillah..hari ini kita melangkah hari ke 10 berpuasa....:-)...Syukur kerna DIA masih memberi peluang untuk kita bertemu dengan bulan ini. Ramadhan tahun ini..ada ceritanya tersendiri...Hidup ini takkan pernah sunyi tanpa ujian dariNYA..Oleh sebab itu, saya sentiasa cuba mencari antidote terbaik untuk menjadi lebih kuat di dalam hari-hari yang mendatang. Yang paling penting..jangan putus harap dengan apa yang berlaku dan bersyukurlah dengan apa yang diberikan pada saat dan ketika ini. Saya sedar bahawa untuk menjadi positif, berbaik sangka itu bukanlah perkara mudah..ianya memerlukan latihan...LATIHAN SEPANJANG HAYAT.
Oh ye....bercakap soal ini mengingatkan saya kepada satu kursus yang berkisar mengenai komunikasi di dalam pengajaran di pejabat saya dua minggu yang lalu, kata penceramah tersebut "Produktiviti seseorang manusia itu akan meningkat 10 kali ganda sekiranya dia melakukan sesuatu perkara yang disukai". Entah mengapa hal tersebut sentiasa terngiang2 di benak saya selama berhari2...Mungkin saya sudah mula berfikir untuk melakukan pekerjaan yang lebih dekat di jiwa saya...yang lebih menjadikan hari2 saya lebih bermakna (^-^). Saya perlukan suasana2 yang menyenangkan untuk bekerja...terlalu memilihkah?...Pada hemat saya, ada baiknya working environment itu menenangkan untuk menjadikan kita lebih bersemangat ke tempat kerja. Stress ada di mana2..namun seandainya working environment ok dan relationship between workers ok...rasanya stress itu bukanlah satu isu yang besar. Erm..ntahla..perlukan masa untuk identify (^-^). Doakan saya dipermudahkan untuk segala keputusan selepas ini....Saya kongsikan sinopsis buku kegemaran saya....MENCARI MUTIARA DI DASAR HATI yang ditulis oleh Muhammad Nursani
Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-mencari mutiara di dasar hati-