Sunday, March 8, 2009

Who is Muhammad S.A.W?


Monday,9 March 2009


He was born in Mecca in the year 571,started his mission of preaching the religion of Truth,Islam (submission to one God) at the age of 40 and departed from this world at the 63.During this short period of 23 years of his Prophet Hood,he changed the arabian peninsula completely.

MISSION IMPOSSIBBLE???
  • From paganism & idolatry to SUBMISSION to the One True God,
  • From tribals quarrels & wars to national solidarity and cohesion,
  • From drunkenness & debauchery to sobriety & piety,
  • From lawlessness & anarchy to discipline living,
  • From utter bankruptcy to the highest standards of moral excellence

Human history has never known such a complete transformation of a society or a place before or since

IMAGINE all these unbelievable wonders in JUST OVER TWO DECADES


Mission Accomplished!!!
  • He was by far the most remarkable man that ever set foot in this earth
  • He preached a religion,founded a state,built a nation,laid down a moral code,initiated numerous social
    & political reforms
  • He established a powerful & dynamic society to practice & represent his teachings & completely revolutionized the worlds of human thought and behaviour for all times to come

YES,HE WAS PROPHET MUHAMMAD(pbuh)

What people say about our prophet?(^-^)

Lamartine
(The renowned historian,speaking on the essentials of human greatness wonders)

  • "If greatness of purpose,smallness of means & astounding results are the 3 criteria of human genius ,who could dare to compare any great man in modern history than MUHAMMAD?
  • His forbearance in victory,his ambition which was entirely devoted to one idea and in no manner striving for empire;His endless prayers,his mystic coversation with God,his death and his triumph after death;all these attest not to an imposture but to a firm conviction which gave him power to restore a dogma.
  • Philosopher,orator,apostle,legislator,warrior,conqueror of ideas,restorer of rational dogma,of a cult without image,the founder of 20 terrestrial empires & of one spiritual empire,that is MUHAMMAD

As regards all the standards by which Human Greatness maybe measured,we may well ask ,

IS THERE ANY MAN GREATER THAN HIM?


Micheal H.Hart
When he ranked OUR PROPHET 1st in the list wrote:-
  • "My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential person may surprise some readers & maybe questioned by others,but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels"

Entry di atas adalah hasil catitan saya semasa MIN 09 yang lalu.Part2 yang saya kira penting dan menyentuh hati (^-^).Bukan mudah mahu melahirkan qiyadah yang berjiwa besar,tak gentar dek tujahan negatif dari luar,punya semangat jihad tak berbelah bahagi,sentiasa istiqamah menjadi murobbi/ah tegar...namun misi besar ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan..kerna kita punya role-model yang cukup hebat yang dihadirkan oleh KEKASIH TERAGUNG saya dan kamu.Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W


Rasulullah S.A.W pernah bersabda:-

"Duhai,alangkah baiknya kira aku dapat menjumpai ikhwanku.Para Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah,siapakah ikhwanmu?Apakah kami termasuk dari mereka?Beliau bersabda."Tidak,Kalian adalah sahabat-sahabatku.Ikhwanku adalah orang-orang yang datang setelah kalian,yang beriman kepadaku seperti keimanan kalian,membelaku sebagaimana pembelaan kalian.Duhai alangakah baik kiranya aku bisa menjumpai ikhwanku"

APAKAH BUKAN KITA??



P/S:Sedang membaca buku "Khadijah:The true love story of Muhammad".Kesetiaan paling
memukau.IA akan dikongsi bila tiba saat dan ketikanya (^ _~).


Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
~amanah ini anugerah dari KEKASIH TERAGUNG saya dan kamu~












Pelangi Senja MPOB Siri 1


Sunday,8 March 2009

Salam alayk.....

Alhamdulillah,pada saat dan ketika ini sekali lagi Yang Di Atas telah memberikan sedikit kelapangan untuk untuk mencoretkan epilog-epilog hari yang berlalu di MPOB (^-^) walaupun di dasar hati kecil ini sebenarnya sudah lama ingin berkongsi apa yang dirasai dan dilalui di sini.Sejak berada di sini juga sangat terasa menjadi seolah-olah orang yang sudah berada di alam pekerjaan sebenar.Benarlah kata hassan al-banna "Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang kita ada".Sangat tepat dan benar.

Apapun,sememangnya detik-detik yang berlalu adalah tarbiyyah buat jiwa-jiwa yang mahu memahami.Kalau ada yang bertanya ...apa yang telah saya pelajari di MPOB?.Hem soalan yang saya kira sangat mudah,namun tak bisa dijawab dengan satu baris perkataan yang tepat.Apa yang saya amat pasti,sejak berada di sini setiap yang saya lakukan,saya cuba lakukannya setiap satu daripadanya dengan
hati,roh dan akal.Bukan sebelum ini setiap yang dilakukan tidak dilakukan dengan ketiga-tiga elemen di atas huhu...tapi perasaannya sangat luar biasa dan berlainan kerana mengetahui dan merasai adalah 2 perkara yang berbeza.Mungkin juga kerna diri ini sudah mula memahami dan menyedari betapa ketiga-tiga elemen perlu hadir bermula dengan niat yang benar,ucapan yang benar dan amal yang bukan sedikit.

Sungguh amat besar rencana KEKASIH TERAGUNG saya itu (^-^) mentakdirkan saya untuk melaksanakan latihan industri saya di sini.Bermula dengan pemilihan tempat yang amat sukar...alhamdulillah telah dipermudahkan olehNya juga..Allah sangat baik (^-^).DIA juga menyedarkan saya betapa sebenarnya diri ini milik Ummah dan punya tanggungjawab dan amanah yang lebih besar di sini.Bukan sekadar itu sahaja,DIA sudah menghadiahkan saya pelangi-pelangi yang sangat banyak.Pelangi-pelangi yang amat jarang ditemui di bumi bertuah ini[bunyinya seperti sangat luar biasakan].Dalam melalui hari-hari yang berlalu itu ada beberapa perkara yang akan saya sentiasa ingati hatta telah pergi meninggalkan bumi ini:-

1.Surau di sini melazimi solat berjemaah dan diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu

2.Kafe yang murah + karipap Kak Rosnah yang sangat sedap (wink2)

3.Dipertemukan dengan insan-insan yang banyak membantu.Thank u Allah..for da ukhuwwah

4.I'm changing inner inside (^-^)

5.telah menukar kaca mata yang lain....dan paling special ada wiper turbo lagi..hehe


Rasanya tak dapat dikongsi secara total di dalam satu entry...insyaAllah..akan disambung pada entry seterusnya.Semoga hati2 ini akan terus diikat dengan taufiq dan hidayah dariNYA.





Pelangi Senja



Tinta Mujahidah,
-cahayakebahagiaan-
~amanah ini anugerah dari KEKASIH TERAGUNG saya dan kamu-






Monday, March 2, 2009

Pelancaran Le Tour De Family 09'


Monday,2 March 2009

Dengan ini diumumkan:-

Pelancaran Le Tour De Family(LTDF) O9'
Karisma UKM Bangi

Tema:Kasih Disemai,Ukhuwwah Bersemi

Tarikh:Sepanjang Mac o9

Tempat:Fleksibel

Objektif:Merapatkan Ukhuwwah dan Silaturrahim Antara Anak-anak Usrah,Naqibah Dan Pimpinan Karisma UKM Bangi


Ada Apa Dengan Le Tour De Family(LTDF) O9'?

LTDF atau lebih dikenali sebagai ziarah mahabbah acapkali dikenali sebagai aktiviti kunjung-mengunjungi bilik ke bilik atau rumah ke rumah kini diberikan nafas baru dengan pembaharuan konsep ziarah itu sendiri yang mana aktiviti kunjung-mengunjung dan merapatkan silaturrahim boleh dilakukan di tempat-tempat yang bersesuaian dan mengikut kreativiti setiap usrah seperti hospital,pusat membeli belah,bowling,berbasikal,memancing,sukaneka,rock climbing,abseiling dan sebagainya.

Mengapa LTDF?

Tujuan penganjuran LTDF adalah untuk mengeratkan ukhuwwah di antara anak-anak usrah,naqibah dan pimpinan karisma ukm bangi.Dengan cara ini akan dapat meningkatkan silaturrahim dari pelbagai pihak.

Bagaimana Pelaksanaan LTDF?

LTDF dilaksanakan dengan hasil kerjasama dari anak-anak usrah,naqibah dan pimpinan Karisma UKM Bangi.Hasil perancangan naqibah dan anak-anak usrah mengenai tempat dan masa setiap usrah hendaklah dihantar atau dikhabarkan menerusi tpsm_kukm@yahoo.com untuk memudahkan wakil-wakil pimpinan untuk turut serta bersama-sama dengan antum di dalam aktiviti LTDF yang telah dirancang oleh setiap usrah.Penggabungan Usrah untuk melaksanakan LTDF secara bersama adalah amat digalakkan.

*Setiap permasalahan atau pertanyaan bolehla dihantar menerusi email atau di sms pada nombor yang tertera di atas.

Imam Malik meriwayatkan:bersabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa Allah berfirman "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana aku,di mana kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku"


Tinta Mujahidah,
-cahayakebahagiaan-
~amanah ini anugerah dari KEKASIH TERAGUNG saya dan kamu~