Sunday, March 8, 2009

Pelangi Senja MPOB Siri 1


Sunday,8 March 2009

Salam alayk.....

Alhamdulillah,pada saat dan ketika ini sekali lagi Yang Di Atas telah memberikan sedikit kelapangan untuk untuk mencoretkan epilog-epilog hari yang berlalu di MPOB (^-^) walaupun di dasar hati kecil ini sebenarnya sudah lama ingin berkongsi apa yang dirasai dan dilalui di sini.Sejak berada di sini juga sangat terasa menjadi seolah-olah orang yang sudah berada di alam pekerjaan sebenar.Benarlah kata hassan al-banna "Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang kita ada".Sangat tepat dan benar.

Apapun,sememangnya detik-detik yang berlalu adalah tarbiyyah buat jiwa-jiwa yang mahu memahami.Kalau ada yang bertanya ...apa yang telah saya pelajari di MPOB?.Hem soalan yang saya kira sangat mudah,namun tak bisa dijawab dengan satu baris perkataan yang tepat.Apa yang saya amat pasti,sejak berada di sini setiap yang saya lakukan,saya cuba lakukannya setiap satu daripadanya dengan
hati,roh dan akal.Bukan sebelum ini setiap yang dilakukan tidak dilakukan dengan ketiga-tiga elemen di atas huhu...tapi perasaannya sangat luar biasa dan berlainan kerana mengetahui dan merasai adalah 2 perkara yang berbeza.Mungkin juga kerna diri ini sudah mula memahami dan menyedari betapa ketiga-tiga elemen perlu hadir bermula dengan niat yang benar,ucapan yang benar dan amal yang bukan sedikit.

Sungguh amat besar rencana KEKASIH TERAGUNG saya itu (^-^) mentakdirkan saya untuk melaksanakan latihan industri saya di sini.Bermula dengan pemilihan tempat yang amat sukar...alhamdulillah telah dipermudahkan olehNya juga..Allah sangat baik (^-^).DIA juga menyedarkan saya betapa sebenarnya diri ini milik Ummah dan punya tanggungjawab dan amanah yang lebih besar di sini.Bukan sekadar itu sahaja,DIA sudah menghadiahkan saya pelangi-pelangi yang sangat banyak.Pelangi-pelangi yang amat jarang ditemui di bumi bertuah ini[bunyinya seperti sangat luar biasakan].Dalam melalui hari-hari yang berlalu itu ada beberapa perkara yang akan saya sentiasa ingati hatta telah pergi meninggalkan bumi ini:-

1.Surau di sini melazimi solat berjemaah dan diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu

2.Kafe yang murah + karipap Kak Rosnah yang sangat sedap (wink2)

3.Dipertemukan dengan insan-insan yang banyak membantu.Thank u Allah..for da ukhuwwah

4.I'm changing inner inside (^-^)

5.telah menukar kaca mata yang lain....dan paling special ada wiper turbo lagi..hehe


Rasanya tak dapat dikongsi secara total di dalam satu entry...insyaAllah..akan disambung pada entry seterusnya.Semoga hati2 ini akan terus diikat dengan taufiq dan hidayah dariNYA.





Pelangi Senja



Tinta Mujahidah,
-cahayakebahagiaan-
~amanah ini anugerah dari KEKASIH TERAGUNG saya dan kamu-






7 comments:

  1. teringat lagu "pelangi petang" by Sudirman...
    lagu yang di sukai allahyarham sahabat ana yang baru pulang bertemu Penciptanya. Belum pun 100 hari, terasa macam baru semalam dia pergi.. Al-Fatihah buatnya.. setiap pengalaman itu harganya terlalu mahal kan?? hehehe... sebab ia tak kan mungkin berulang lagi...

    ReplyDelete
  2. semoga di tempatkan di tempat-tempat orang yang beriman....insyaAllah....ana dapat inspirasi tajuk pun sbb teringat lagu tu..(^-^).betul kata enti...pengalaman yang sangat mahal..tak dapat dibayar dengan wang ringgit....macam pegalaman enti kat pasoh gakkan...peta and so on....iA kan cuba merasai semasa KGR o9

    ReplyDelete
  3. Inilah yang dinamakan perancangan Allah yang Maha Teliti. Kadangkala kita tak pernah terjangka sedetik pun perancangan yang Allah tentukan untuk kita.. Memang kadang2 susah nak terima tapi Allah Maha tahu yang terbaik utk hambanya.
    "....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu, Allah Maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

    ReplyDelete
  4. Sangat benar...DIA ...A.K.A KEKASIH TERAGUNG sentiasa punya pilihan terbaik untuk hambaNYA..(^-^)

    ReplyDelete
  5. sy pun akan buat latihan industri kat MPOB bangi..unit produk agro..
    hope ape yg anda ceritkan akan sy rasai juga..

    ReplyDelete
  6. Salam, Aifa :) Kalau boleh, mohon awk berkongsi sedikit info ttg latihan industri di mpob.
    Berapa elaun yg awk dpt utk LI ni? okay tak?
    dan...
    Boleh sy tau awak jurusan ape? Kebanyakkan diorang yg bekerja di lab mpob tu lulusan jurusan ape?
    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Maaf baru perasan entry nie.alhamdulillah if you willing to learn more than you get banyak menda boleh belajar. Latihan industri memang depend on supervisor . macam saya dulu under Pn Siva. so buat dari test raw material oil sampai la ke buat produk.elaun dalam 400 per month. Saya jurusan food tech

      Delete