Sunday, April 19, 2009

Nota rindu buat bonda.

Sunday,19 April 2009




Saat sedang bertungkus lumus menyiapkan report harian praktikal hari itu,berputar sebuah lagu yang sebenarnya acapkali sudah didengar oleh saya.Lagu ibu mithali dendangan rabbani.Rasanya sedikit lain bila mendengarnya tika ini.Mungkin..kejauhan yang sementara ini dengan bonda menyebabkan rindu yang bertandang itu lebih kuat dari biasa...Memang benar...adakalanya kejauhan itu penting untuk membuatkan kita menjadi insan yang lebih menghargai sesuatu.Teringat saya sewaktu kali pertama bonda pergi menunaikan rukun islam yang kelima itu..ada bingkisan rindu dari bonda sewaktu beliau berada beribu-ribu kaki di atas udara..ingatan yang bukan sedikit..mengingatkan anak-anaknya untuk menjaga akhlak dan agama sebaik mungkin.Betapa hati mengetahui ianya lahir dari hati suci seorang ibu. Saya yakin dan percaya bukan mudah sebenarnya memegang title ibu itu...ada rohnya tersendiri.Manakan tidak..dialah yang menjadi seorang ibu,bapa,murobbiah, dan teman yang amat rapat buat saya.



Mengandungkan saya 9 bulan bukanlah suatu perkara yang mudah,dan dia adalah salah seorang wanita yang telah dipilih untuk menggalas amanah melahirkan seorang khalifah yang diharapkan mampu memakmurkan bumi dan mengabdikan diri semata-mata pada Pemilik Sebenar Jiwa.Teguran bonda buat diri yang selalu alpa ini sebenarnya adalah tarbiyyah buat hati...terima kasih yang tak terhingga buat bonda yang sentiasa dirindui dan dicintai kerana Allah.2 minggu hampir berlalu..iA bonda akan pulang semula ke daerah ini.
..semoga bonda akan terus thabat dan memperolehi umrah yang mabrur(^-^).



Ibu mithali ibu yang sejati Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi Mentaati Allah juga suami

DOA BUAT IBU BAPA

Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.


P/S:-Mahu jadi anak yang solehah....semoga ini akan menjadi wasilah untuk aku masuk ke syurgaMu Ya Allah.


Tinta Mujahidah,
~Cahayakebahagiaan~
~mahu jadi anak yang solehah agar bisa sampai doaku pada mereka(^-^)~

Tuesday, April 14, 2009

Bila Terjatuh Cinta

Tuesday,14 April 2009

Bismillahirrahmanirrahim...entry kali ini adalah untuk memenuhi permintaan sahabat saya yang meminta saya untuk meng'repost' kembali entry yang pernah saya hanta di yahoogroups (^-^)...entry di ambil dari satu blog yang pernah saya baca.semoga ianya bermanfaat dan mencambahkan cinta pada yang di atas.

Saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati,yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab,"dua-dua bukan,,"
Saya tercengang.Mak mengukir senyuman

"Pilihan mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah"
Saya menarik nafas dalam-dalam

"Macam mana nak tau orang tue sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah".Mak merenung dalam2 wajah anaknya."Kerana Hanya Allah mampu membaca hatiNya."Mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu".Saya memintas,"Tak faham"

Mak menyambung,"Cinta di jalan Allah,bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah."Mak menyambung lagi ,"begini,setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.Automatik boleh ada daya tarikan magnet tue."Wajah saya merah,sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.Mak menyambung,"Setiap manusia Allah telah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi .Persoalannya ialah,siapakah jodohnya itu?"mak berhenti seketika.Saya tunduk malu,cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

SECRET ADMIRE
"Kakak,mak dulu masa besar ada secret admire.Rajin betul dia hantar surat .Masa tue mak tahu bercinta sebelum kahwin nie tak halal.Dan masa tue mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kene seksa dalam kubur.Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai.Mak nak belajar bersungguh-sungguh.Lama budak tue tunggu mak.Akhirnya,mak bagi kata putus,mak hanya akan membalas dia jika dia sah suami mak.Dan dia bukan jodoh mak,maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu"Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak,semakin berminat dengan kisah lama emak."Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?"saya menyoal sambil memandang tajam wajah emak.

Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan itu.Mak takut pada Allah.Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.Mak seperti kakak"Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya."Mak anak ustaz,ustazah.Tapi zaman tue ustaz ustazahnya berkebaya pendek dan ketat.Tok wan mak,kiyai..mungkin berkat doa keturunan sebelum ini yang soleh-soleh,hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada siapa yang mendorong.Bila di sekolah mak pelajar pertama yang bertudung.Mak membawa imej agama.Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.Zaman tudung nipis dan nampak jambul.Kemudian kawan-kawan mak ikut sikit2 bertudung.Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya,"emak melemparkan pandangannya ke lantai.

"Selepas tue ustazah jumpa kami secara persendirian.Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.Dia suruh kami teruskan,"sambung emak.Ada getar di hujung suara emak.

Kisah perjuangan emak di sekolah dahulu sikit2 emak ceritakan pada saya.Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak,mak menjadi tempat rujukan kawan2 mak.Jadi,bila mak nak ambil sesuatu tindakan,mak kene fikir sama ada tindakan mak tue akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa atau tak?Dan maruah pembawa agama terjejas atau tak?Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,bermakna mak sedang menconteng arang di muka2 pembawa2 agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan itu hanya sorang dua yang buat.Besar fitnah akan timbul apabila orang2 agama mengambil ringan batas syariat...duhai anak,"mak menelan air liurnya.Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

ADAKAH IA SATU DISKRIMINASI?
"Kakak.Jatuh cinta perkara biasa.Apabila kita jatuh cinta pada seseorang itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu.Apatah lagi orang yang kita cinta itu di atas jalan dakwah ini.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta
mencintai.Bercouple mungkin.Tetapi bukan berkahwin.Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali.Dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..".Tiba-tiba air mata saya mengalir.Argh!!Ego saya kalah bila mendengar hujah mak.Emak meneruskan."Allah itu Maha Adil,Dia tak pernah menzalimi hambaNYA,Sesungguhnya yang menzalimi hambaNYA ialah diri hamba itu sendiri.Sebabnya hamba tu degil.Dia mahukan yang bukan haknya,yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tak semesti memilikinya.

Dalam islam,kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.Jadi,apabila kita mencintai saudara perempuan,kita bebas peluk dia.Tetapi bila dengan lelaki,kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas nie datu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan,kita mengenali seorang insan yang amat baik,sempurna agamanya dan rajin.Lalu kita jatuh hati padanya.Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,dan kita pula dengan yang lain.Tetapi itu tidak bermakna ukhuwwah antara kita dan dia terputus.Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.Perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti awalnya."emak berhenti seketika.

BUKAN LUAR BIASA
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini."Kakak,jadi di sini mak nak kakak faham,jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukanlah satu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.Kerana itulah ramai isteri yang curang,suami yang curang.Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang paling penting ialah kita kene perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada pencipta dia.Kita bagitahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,beritahu pada diri kita benci sekian2 hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak,hati kita nie,walaupun dalam dada kita sendiri,ia tetap bukan milik kita.Kita tak mampu untuk mengawalnya.Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tue kita kena dekatkan diri dengan Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh2 hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tue biarpun,satu dunia menyakiti kita,kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,hodoh,cacat dan dungu.Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

REDHA
"Kakak,walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,terimalah dengan hati yang Redha.Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.Kalau yang kakak sayang tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak,lantaran kelemahan yang ada pada diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing2 .Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat2 perlukan yang satu dunia tak mampu berikan pada kakak.Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur."Sekali lagi berjujuran air mata saya turun.Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.Pelukan emak sangat2 kuat."Emak dah didik anak mak dari belum lahir untuk mencintai Allah...sekarang emak serahkan anak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara".Emak mengakhiri kata2nya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


"Ya Allah,sekiranya aku jatuh cinta,maka jatuhkanla cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"



Tinta Mujahidah,
~cahayakebahagiaan~
~pertemukan hati kami kerana mencintaiMu~

Monday, April 13, 2009

Food for thought 1

Monday,13 April 2009


Nobody can remove hurt except Allah.Even if someone tries to cause you any hurt,stay firm in your belief and remember that no one can cause pain if Allah does not desire it for you


"And if Allah touches you with hurt,there is none who can remove it but He;and if He intends any good for you,there is none who can keep back His favour;He brings it to whom He pleases of His servants and He is Oft-forgiving,Most Merciful."(AQ:Suruh Yunus;10:107)

Bait2 ayat di bawah nie saya dapat daripada bookmark pemberian seorang kakak sewaktu berjalan pulang dari makan berdua dengannya....Katanya,dapat semasa ziarah..thank u kak(^-^)

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia.

Sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tak lagi mampu bertahan

Belajarlah Memaafkan walau dirimu terluka

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran

Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan

p/s:-Motivasi buat hati,roh dan jiwa.Biarkan roh ini sentiasa lapar untuk meraih cintaMU ya Allah.



Tinta Mujahidah,
~cahayakebahagiaan~
-berjalan.melihat.mentafsir-









Wednesday, April 1, 2009

Pelangi Senja MPOB Siri 2

Wednesday,1 April 2009


Salam alayk...
Sudah lama rasanya tak menulis.....hehe..sampai ada beberapa orang dah tegur blog nie bersawang2..asif yang amat...masa amat mencemburui saya[ye2 je..wink2].Rupa-rupanya sedar tak sedar sudah 3 bulan saya berada di sini..herm..lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi saya akan menamatkan latihan industri.Setiap yang bermula pasti akan berakhir juga.Masih segar dalam ingatan ini,kalau dahulu tarikh-tarikh ditanda kerana tak sabar untuk menghabiskan LI yang sangat lama,kini tanpa disedari...saya semakin melupakan kebiasaan itu.Apa mungkinkah hati ini sangat tidak mahu menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada?[senyap..tiada jawapan yang pasti].Saat ini saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga juga kepada KEKASIH HATI SEBENAR saya kerana masih menghadiahkan diri ini peluang untuk terus berada di jalan2NYA(^-^).Anugerah yang tak ternilai.Alhamdulillah.....InsyaAllah ,apa yang bakal saya nukilkan di dalam entry kali ini merupakan tanda terima kasih dan doa saya[infinity] untuk teman2,sahabat2 dan insan2 yang telah banyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung di dalam kembara menuju cinta Ilahi ini.Jasamu dikenang.

Kenangan Terindah 1
Usai menunaikan solat zuhur tengah hari itu…sorang teman datang kepada saya…

Miss SY:“Tanya sikit boleyh?
Miss CK:Boleyh..tanyala [tersenyum]
Miss SY:awk ok ke hari ni?”
Miss CK:Eh,napa Miss SY tanya macam tue?[sambil tersenyum simpul]
Miss SY:Hehe sbb nampak macam awak tak seceria biasa masa masuk lab kami tadi
Miss CK:Oh ye ke..hehe..herm…
Miss SY:kalau ada apa2 nak share,boleyh je cita kat kita...
Miss CK:[saya tersenyum lagi]…Alhamdulillah,setakat nie ok IA..
Miss SY:Kalau tak da pape,takpelah…if anything nak share..just let me know tau..
Miss CK:Okai,tqvm tau..sbb concern…

Malam itu Miss SY menghantarkan cebisan ingatan buat saya.Message yang sangat pendek namun penuh makna. Tertera message yang berbunyi:“Surah Al-Mukminun:62”. Terima kasih dari hati.Saya tersenyum…membaca kalam cinta dari KEKASIH TERAGUNG.

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanngupannya,dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya ,dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)”.

“Tsunami2” yang melanda dalam hidup setiap insan itu terkadang tampak sukar andai dipandang secara zahir,namun jika dihalusi dan diteliti pasti kan ada kemanisan yang luar biasa bisa dirasai… Tidak ada kecintaan yang lebih hebat melainkan kecintaan dari pemilik hati ini.DIA menguji saya sebagai tanda ingatan yang amat besar pada hambaNya yang kerdil ini.Walaupun adakalanya wiper kat kaca mata saya nie macam dah tak larat sangat nak berfungsi lagi..hingga wiper “biasa2” terpaksa bertukar wajah kepada wiper “TURBO”..namun ketahuilah bahwa pertolongan dari Yang Di Atas itu amat dekat….sangat dekat...lebih dekat dari urat leher.

“Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKu) dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran”(2:186)

Yang di Atas sentiasa menghulurkan cinta tulusNYA kepada saya.Tika dihadiahkan ujian itu ,sebenarnya DIA sedang membelai hati dan jiwa saya dengan kasih sayangNYA,memujuk saya dengan erti kata mujahadah itu sangat manis,mengesat air mata ini dengan janji yang tak pernah sedikitpun palsu,menyedarkan saya Cinta Abadi itu mengatasi segalaNYA dan hanya hati yang benar2 ikhlas layak menemuiNYA.Yakinlah wahai mujahidah,setiap dugaan yang datang itu kan selesai juga…dengan ketentuanNya…Doa dan terus berdoa.Jangan putus asa.

Bak kata Kak S “CK,hadapi ujian ini dengan iman ye"
Kak I pulak kata “Doa tau CK,pilihan DIA confirm yang terbaik”
Kak Ss pulak kata “Kuatkan semangat,akak tau CK cukup kuat”
Kak R,yang amat memahami... Ukhti L yang selalu bertanya "CK,ok tak?" Ukhti H yang selalu berusaha membuatkan saya terasa tidak terbeban dengan amanah yang diberikan Ukhti A yang sering berkongsi pengalaman Dan sahabat2 lain dalam rantaian perjuangan …..tiada madah yang boleh diungkapkan….[untuk kamu2 saya buat entry lain yer..yang super special..sayang kamu semua ]

Allah hanya mengambil satu yang saya sayang tapi DIA menghadiahkan saya sesuatu yang lebih berharga…UKHUWWAH yang sangat manis..yay…Bulan pertama itu juga dia hadiahkan saya pelangi2 indah lain:-
  • KEKASIH SAYA dah membuka hati sahabat lama saya untuk berada di jalan ini (^-^)
  • Oh ya…tarbiyyah dari DIA..belajar untuk lebih husnuzhon[kisah di sebalik kisah…thank u Allah]
  • Ke Chesse Plant..First Time experience ni..best2[betul tak us and ina?,thank u for inviting me,soklan yang kita takkan lupa..describe about mango?>>sedikit terpinga2,winking mode+hafazan surah sajadah.Doc kamu2 itu membuka minda saya(^-^).

Kenangan Terindah 2
Kelihatan Miss CK sedang membersihkan lab xxx sendirian selepas production…
Miss D
:“Eh,CK bersihkan sorang2 ke?”
Miss CK:Hehe..a’ah..takpa sket jer nih.
Miss D:Mana boleyh buat sorang2 nie..banyak gak ni[sambil mencapai kasut but dan mop]
Miss CK:Susahkan awak jer…dahlah production kita…tima kasih yer (^-^)
Miss D:Ala..takpa..kita pun takda analysis petang nie..lagipun buat sorang2 penat nie
Miss CK:Thank u tau
Kedengaran pintu lab xxx dibuka
Mr A
:Eh,CK bersihkan lab nie sorang2 ke?Mana yang lain
Miss CK:A’ah.Dorang tgh solat…ala takpa sket jer..Miss D pun tlg[tersenyum]
Mr A:takpa,meh aku tolong gak[sambil mengambil mop]
Miss CK:thank you yer..

Kenangan Terindah 3
Miss CK sedang memindahkan tiub2 untuk dibasuh ke dalam bekas
Prang!!!!
Miss CK
:Ya Allah,macam mana leh pecah nie[muka cuak]
Miss SY & Miss NA:Kenapa CK?
Miss CK:Kita terpecahkan tiub2 tue…macam mana eh…
Miss SY & Miss NA: Takpa2 jangan risau,beselah menda2 macam nie,kita tolong bersihkan
Miss CK:Takpa2…susahkan korang je
Miss SY & Miss NA :Eh takpa2 meh kitorang tolong,hati2 nanti kene tangan pulak kaca tu.
Miss CK :Thank u yer[muka yang amat blur]


Sangat terharu sebenarnya.Mereka sangat helpful.Bantuan2 yang nampak mudah namun meninggalkan impak yang amat pada saya.Saat itu...teringat pada satu kalam ilahi....yang berbunyi

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yg berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat " [al-Hujurat:10]


To be Continued.....



Tinta Mujahidah,
Cahayakebahagiaan(^-^)
~Andai Hati Nak Terbang,Tiada Siapa Rela Merangkak~