Tuesday, April 14, 2009

Bila Terjatuh Cinta

Tuesday,14 April 2009

Bismillahirrahmanirrahim...entry kali ini adalah untuk memenuhi permintaan sahabat saya yang meminta saya untuk meng'repost' kembali entry yang pernah saya hanta di yahoogroups (^-^)...entry di ambil dari satu blog yang pernah saya baca.semoga ianya bermanfaat dan mencambahkan cinta pada yang di atas.

Saya bertanya kepada emak,
"Mana satu pilihan hati,yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab,"dua-dua bukan,,"
Saya tercengang.Mak mengukir senyuman

"Pilihan mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah"
Saya menarik nafas dalam-dalam

"Macam mana nak tau orang tue sayang kita kerana apa?"
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah".Mak merenung dalam2 wajah anaknya."Kerana Hanya Allah mampu membaca hatiNya."Mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu".Saya memintas,"Tak faham"

Mak menyambung,"Cinta di jalan Allah,bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah."Mak menyambung lagi ,"begini,setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.Automatik boleh ada daya tarikan magnet tue."Wajah saya merah,sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.Mak menyambung,"Setiap manusia Allah telah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi .Persoalannya ialah,siapakah jodohnya itu?"mak berhenti seketika.Saya tunduk malu,cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

SECRET ADMIRE
"Kakak,mak dulu masa besar ada secret admire.Rajin betul dia hantar surat .Masa tue mak tahu bercinta sebelum kahwin nie tak halal.Dan masa tue mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kene seksa dalam kubur.Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai.Mak nak belajar bersungguh-sungguh.Lama budak tue tunggu mak.Akhirnya,mak bagi kata putus,mak hanya akan membalas dia jika dia sah suami mak.Dan dia bukan jodoh mak,maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu"Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak,semakin berminat dengan kisah lama emak."Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?"saya menyoal sambil memandang tajam wajah emak.

Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan itu.Mak takut pada Allah.Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.Mak seperti kakak"Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya."Mak anak ustaz,ustazah.Tapi zaman tue ustaz ustazahnya berkebaya pendek dan ketat.Tok wan mak,kiyai..mungkin berkat doa keturunan sebelum ini yang soleh-soleh,hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada siapa yang mendorong.Bila di sekolah mak pelajar pertama yang bertudung.Mak membawa imej agama.Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.Zaman tudung nipis dan nampak jambul.Kemudian kawan-kawan mak ikut sikit2 bertudung.Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya,"emak melemparkan pandangannya ke lantai.

"Selepas tue ustazah jumpa kami secara persendirian.Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami.Dia suruh kami teruskan,"sambung emak.Ada getar di hujung suara emak.

Kisah perjuangan emak di sekolah dahulu sikit2 emak ceritakan pada saya.Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak,mak menjadi tempat rujukan kawan2 mak.Jadi,bila mak nak ambil sesuatu tindakan,mak kene fikir sama ada tindakan mak tue akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa atau tak?Dan maruah pembawa agama terjejas atau tak?Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,bermakna mak sedang menconteng arang di muka2 pembawa2 agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan itu hanya sorang dua yang buat.Besar fitnah akan timbul apabila orang2 agama mengambil ringan batas syariat...duhai anak,"mak menelan air liurnya.Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

ADAKAH IA SATU DISKRIMINASI?
"Kakak.Jatuh cinta perkara biasa.Apabila kita jatuh cinta pada seseorang itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu.Apatah lagi orang yang kita cinta itu di atas jalan dakwah ini.Tetapi kita kena ingat.Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta
mencintai.Bercouple mungkin.Tetapi bukan berkahwin.Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali.Dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..".Tiba-tiba air mata saya mengalir.Argh!!Ego saya kalah bila mendengar hujah mak.Emak meneruskan."Allah itu Maha Adil,Dia tak pernah menzalimi hambaNYA,Sesungguhnya yang menzalimi hambaNYA ialah diri hamba itu sendiri.Sebabnya hamba tu degil.Dia mahukan yang bukan haknya,yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tak semesti memilikinya.

Dalam islam,kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.Jadi,apabila kita mencintai saudara perempuan,kita bebas peluk dia.Tetapi bila dengan lelaki,kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas nie datu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan,kita mengenali seorang insan yang amat baik,sempurna agamanya dan rajin.Lalu kita jatuh hati padanya.Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,dan kita pula dengan yang lain.Tetapi itu tidak bermakna ukhuwwah antara kita dan dia terputus.Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.Perbezaannya dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti awalnya."emak berhenti seketika.

BUKAN LUAR BIASA
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini."Kakak,jadi di sini mak nak kakak faham,jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukanlah satu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.Kerana itulah ramai isteri yang curang,suami yang curang.Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang paling penting ialah kita kene perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada pencipta dia.Kita bagitahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,kerana itu kita mencintai si dia.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,beritahu pada diri kita benci sekian2 hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak,hati kita nie,walaupun dalam dada kita sendiri,ia tetap bukan milik kita.Kita tak mampu untuk mengawalnya.Hanya Allah yang boleh memegangnya.Sebab tue kita kena dekatkan diri dengan Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh2 hati kita.Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tue biarpun,satu dunia menyakiti kita,kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,hodoh,cacat dan dungu.Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

REDHA
"Kakak,walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,terimalah dengan hati yang Redha.Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.Kalau yang kakak sayang tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak,lantaran kelemahan yang ada pada diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing2 .Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat2 perlukan yang satu dunia tak mampu berikan pada kakak.Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur."Sekali lagi berjujuran air mata saya turun.Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.Pelukan emak sangat2 kuat."Emak dah didik anak mak dari belum lahir untuk mencintai Allah...sekarang emak serahkan anak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara".Emak mengakhiri kata2nya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


"Ya Allah,sekiranya aku jatuh cinta,maka jatuhkanla cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"



Tinta Mujahidah,
~cahayakebahagiaan~
~pertemukan hati kami kerana mencintaiMu~

No comments:

Post a Comment