Sunday, September 27, 2009

.:Syawal 2009:.

Sunday,27th September 2009

Salam...
alhamdulillah...bertemu lagi dengan syawal.Hari kemenangan buat jiwa2 yang memahami,merasai kenikmatan taqwa sebenar.Saat meniti syawal tiba ada epilog2 indah yang berlaku...minggu kepulangan saya ke teratak kecintaan[senyum lebar (^-^)].11 Sept ada cerita menarik then...15 Sept,first time berbuka diluar bersama roomate...teringin nak makan luar before pulang ke kampung masing2...best...17 Sept..another epilog indah..[senyum lebar lagik].Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh KEKASIH TERAGUNG saya....buat yang turut merasai rasa kegembiraan ini (^-^)....terima kasih yang amat..tak dapat dibalas dengan kata2.Hanya Allah yang mampu membalasnya kepada kamu.

Cerita Syawal
Syawal yang berbeza kali ini...ini pertama kali saya pulang sehari awal ke kampung..kebiasaannya pulang pada 1 syawal selepas mengunjungi pusara tercinta...persiapan yang sederhana..:-)...juga tahun ini pulang beraya ke kampung ayah..sangat best...dapat berjumpa dengan mereka..alhamdulillah sekali lagi...setelah sekian lama.Takbir raya yang indah dan syahdu...tanda berakhirnya ramadhan yang saya rindui,apa bisakah bertemu dengan ramadhan lagi...semoga akan bertemu lagi...amin ya rabbal alamin.Tahun ini,syawal ke-8 tanpanya...merindui setiap detik2 yang pernah dilalui bersama..bersama2 solat raya,pulang ke kampung bersama,bersalaman di pagi raya dan yang paling dirindui kata hikmah yang pendek dan ringkas kerana hakikatnya insan yang saya rindui ini selalu hanya menjadi pemerhati kerana itu saat dia memulakan bicara....saya pasti tersentuh.Namun saya tahu,hakikatnya dia yang merupakan pinjaman kepada kami telah pulang kepada pemilik sebenar...terima kasih ya Allah atas kurniaan yang besar.

Tinta Yang Bersuara
Saat dia menutup satu pintu kebahagiaan,realitinya dia telah membuka lebih banyak pintu kebahagiaan untuk hambaNYA.Benar dan amat tepat.Belajar untuk melepaskan pergi,redha dengan setiap kurniaan akan menjadikan hati ini sentiasa bersangka baik dengan penciptaNYA.
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI[betul2],kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita....yakinlah wahai hati kerna diri telah mengetahui sudah tiba masanya.insyaAllah.tetapkan hati agar tak berubah (^ ^,).CintaNYA yang selalu mekar untuk hamba2NYA perlu di sambut jauh lebih hebat oleh hambaNYA kan2???..kerna DIA sentiasa ada disisi.22 September....[senyum lebar lagik]alhamdulillah....teruskan perjuangan yer....doakan di sini juga.Moga sama2 cemerlang dunia dan akhirat....insyaAllah akan saya kirimkan hadiah luar biasa dari hati....winking2...MySpace.


Tinta Mujahidah
-Hati Yang Sentiasa Rindu...you're appreciated-
-cahayakebahagiaan-





Monday, September 14, 2009

Ceritera Cinta

Monday,14th September 2009

Bismillahirrahmanirrahim...malam ke-24...Ramadhan kian meninggalkan kita...bulan hadiah dariNYA...moga madrasah tarbiyyah ramadhan ini akan menghasilkan graduan yang hebat2 belaka...insyaAllah...kebelakangan ini ada sahaja peristiwa2 yang berlaku..semoga Allah memberi kekuatan untuk saya menyelesaikan setiap satu daripadaNYa..insyaAllah.Seorang sahabat saya yang telah berada lama di bumi asing..kini telah pulang ke tanah air tercinta...selamat beramal di medan amal sebenar..semoga terus tsabat dan kuat...doakan saya jugak ye.Sewaktu pulang dari berjumpa KEKASIH TERAGUNG bersama sahabat saya....entah mengapa ringan sahaja mulut saya bercerita mengenai ramdhan2 yang lalu...sewaktu saya masih kecil...seingat saya usai sahaja solat tarawih...pasti saya dan adik beradik yang lain akan bermain bunga api dan juga 'surat khabar terbang'...sangat rindu dengan suasana itu..."We're getting older,as people get older,they start to change"MySpace.Hakikat...yang pastinya perlu diterima oleh setiap individu....tiada lagi bunga api..mahupun surat khabar terbang..MySpace

Hanya beberapa detik dan ketika sahaja..ada beberapa orang disekeliling saya yang akan bertukar status kepada puan....selamat melangkah ke satu lagi anak tangga Monkey...saya doakan yang terbaik untuk antum semoga risalah dakwah ini akan lebih laju dengan satu lagi langkah baru :-)...Minggu yang lalu pulang ke teratak kecintaan...merindui mereka dengan segenap jiwa saya...adinda saya yang sorang tue dah cuti raya...yang lain masih meneruskan perjuangan minggu ini.saya juga...masih ada kelas dan tanggungjawab yang perlu saya lunaskan.....oh yer..sewaktu perjalanan pulang ke teratak kecintaan ada beberapa insiden yang saya lalui...insiden pertama tue..herm nanti saya cerita...insiden kedua..cerita dulu...:-)..baru sahaja berbincang mengenai akhlak dalam islam bersama2 dengan adik2 saya.....is there any difference between akhlak dan moral?...tak perlu saya jawab di sini..kerna adik2 saya pasti boleyh jawab...sewaktu menaiki putra ke setiawangsa....saya duduk berhadapan dengan seorang indian nie...pantas sahaja tangan dia membuka botol air yang nampak sejuk..hehe..saat dia terpandang kami2 yang muslim duduk berhadapan dengannya terus dia menutup kembali air tersebut..sambil berkata "i am really sorry ye dear"..."lupa bulan puasa"..orang kat sebelah indian tue pun jawab.."eh,takpa2..minum jer"...dia balas balik.."i couldnt dare to do that....i am really sorry yer..sangat lupa bulan puasa"...saya hanya tersenyum sambil mengangguk MySpace berbalik kepada insiden pertama...sewaktu naik escalator saya terpandang restaurant mcd di sebelah kanan saya....terdetik dalam hati saya.."eh..orang islam ke"....saya perhatikan sahaja....muka mereka sangat cuak saya pandang lama2..[tak baik saya su'uzhon..sambil berkata dalam hati]...tapi menerusi penelahan saya..saya amat yakin mereka itu islam...andai mereka benar2 islam..semoga Allah memberikan hidayah buat mereka...andai bukan..semoga Allah mengampuni dosa saya meneka2...

Inilah medan amal sebenar.....berlumba2 lah kamu membuat kebaikan...semoga setiap satu dari amalan kami akan memberatkan mizan kami untuk melayakkan kami menjadi ahli syurgaMU ya Allah....

"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya.Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan.Di mana sahaja kamu berada,pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya.Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu"[2:148]

"Dan Kami telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu(Muhammad) dengan membawa kebenaran,yang membenarkan kitab2 yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya,maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.Untuk setiap umat di antara kamu,Kami berikan aturan dan jalan yang terang.Kalau Allah mengkehendaki nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja),tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikanNya kepadamu,maka berlumba2lah kamu membuat kebajikan.Hanya kepada Allah kamu semua kembali,lalu diberitahukan Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan"[5:48]

Buat hati,yang mudah rapuhMySpace...jangan mudah merajuk hati dengan mereka yang tidak memahami,belum memahami,dan juga seolah2 paham...namun tidak memahami,kerna mereka juga manusia biasa...ditarbiyyah dan mentarbiyyah...jangan mencari titik perbezaan..namun carilah titik keserasian..kerna itu lebih baik buat hati2 yang kuat cintaNya pada KEKASIH TERAGUNG...ketahuilah cinta ilahi itu tidak memilih dari mana kamu datang,kamu berada di mana.hanya taqwa ukuran tertinggi disisiNya...luv u even more ya Allah..


Tinta Mujahidah
-Unconditional Love-
-cahayakebahagiaan-


Friday, September 4, 2009

.:Catatan Perjalanan 3:.

Friday,4th September 2009

Salam....
Alhamdulillah...masih diberikan peluang untuk hidup sebagai hamba dan khalifah pada saat dan tika ini..baru habis dengan minggu yang agak menggentingkan..huhu...alhamdulillah sekali lagi...Allah permudahkan segala2nya.Yang pasti minggu2 mendatang akan menjanjikan hari2 yang lebih "mencabar" dan betapa pentingnya saya menyusun setiap satu darinya.Berikan saya kekuatan Ya Allah...Allahumma yassir wala tuassir..amin2 ya rabbal alamin.Saat2 yang paling menenangkan dan menjadi anekdot diri ini adalah tika mana saya bertemu dengan mereka...wajah2 yang sentiasa mahukan kebaikan dan mencintai diri ini dengan kuat...jazakillah.Saat2 mana menerima perkhabaran bonda dan seisi mereka di rumah...(termasuk "adik2" tak rasmi saya)....saya amat merindui mereka setiap saat dan pastinya paling membahagiakan bila mana diri amat tahu ada KEKASIH TERAGUNG yang mengasihi saya dengan erti kata cinta yang sebenar...

Usai dari perjumpaan pertama selepas presentation proposal bersama supervisor...Lega.Seingat saya 2 minggu sebelum presentation itu kerap sahaja berjumpa dengan dia...setiap kali itu juga dia akan tersenyum melihat saya...agaknya geli hati dengan kekalutan saya tentang projek final dan setiap kali itu juga dia akan memberikan jawapan yang memotivasikan dan memberi penyelesaian kepada permasalahan saya.Juga ucapan terima kasih kepada sahabat2 dan kakak2 yang sama supervisor dengan saya...anda banyak membantu saya....chaiyok2 untuk kamu semua..cabaran kita baru sahaja bermula.Rasanya,terlalu banyak nama2 saya bakal saya nukilkan sebagai tanda ucapan terima kasih saya kerana telah banyak membantu sepanjang perjalanan saya di sini....izinkan saya menyebut setiap dari nama anda di dalam doa sahabat kepada sahabat2nya... Dengan kekangan masa saat2 ini,seperti ada sesuatu yang besar yang belum saya selesaikan...apalah agaknya...i just couldn't remember it.Tak mengapa.Nanti2 ingatlah tue...wallahu'alam

Sekadar ini sahaja coretan buat kali ini,.......malam ke-15..semoga meraih lailatulqadar...

Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-DIA yang saya cinta-