Sunday, September 27, 2009

.:Syawal 2009:.

Sunday,27th September 2009

Salam...
alhamdulillah...bertemu lagi dengan syawal.Hari kemenangan buat jiwa2 yang memahami,merasai kenikmatan taqwa sebenar.Saat meniti syawal tiba ada epilog2 indah yang berlaku...minggu kepulangan saya ke teratak kecintaan[senyum lebar (^-^)].11 Sept ada cerita menarik then...15 Sept,first time berbuka diluar bersama roomate...teringin nak makan luar before pulang ke kampung masing2...best...17 Sept..another epilog indah..[senyum lebar lagik].Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh KEKASIH TERAGUNG saya....buat yang turut merasai rasa kegembiraan ini (^-^)....terima kasih yang amat..tak dapat dibalas dengan kata2.Hanya Allah yang mampu membalasnya kepada kamu.

Cerita Syawal
Syawal yang berbeza kali ini...ini pertama kali saya pulang sehari awal ke kampung..kebiasaannya pulang pada 1 syawal selepas mengunjungi pusara tercinta...persiapan yang sederhana..:-)...juga tahun ini pulang beraya ke kampung ayah..sangat best...dapat berjumpa dengan mereka..alhamdulillah sekali lagi...setelah sekian lama.Takbir raya yang indah dan syahdu...tanda berakhirnya ramadhan yang saya rindui,apa bisakah bertemu dengan ramadhan lagi...semoga akan bertemu lagi...amin ya rabbal alamin.Tahun ini,syawal ke-8 tanpanya...merindui setiap detik2 yang pernah dilalui bersama..bersama2 solat raya,pulang ke kampung bersama,bersalaman di pagi raya dan yang paling dirindui kata hikmah yang pendek dan ringkas kerana hakikatnya insan yang saya rindui ini selalu hanya menjadi pemerhati kerana itu saat dia memulakan bicara....saya pasti tersentuh.Namun saya tahu,hakikatnya dia yang merupakan pinjaman kepada kami telah pulang kepada pemilik sebenar...terima kasih ya Allah atas kurniaan yang besar.

Tinta Yang Bersuara
Saat dia menutup satu pintu kebahagiaan,realitinya dia telah membuka lebih banyak pintu kebahagiaan untuk hambaNYA.Benar dan amat tepat.Belajar untuk melepaskan pergi,redha dengan setiap kurniaan akan menjadikan hati ini sentiasa bersangka baik dengan penciptaNYA.
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI[betul2],kerana DIA sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita....yakinlah wahai hati kerna diri telah mengetahui sudah tiba masanya.insyaAllah.tetapkan hati agar tak berubah (^ ^,).CintaNYA yang selalu mekar untuk hamba2NYA perlu di sambut jauh lebih hebat oleh hambaNYA kan2???..kerna DIA sentiasa ada disisi.22 September....[senyum lebar lagik]alhamdulillah....teruskan perjuangan yer....doakan di sini juga.Moga sama2 cemerlang dunia dan akhirat....insyaAllah akan saya kirimkan hadiah luar biasa dari hati....winking2...MySpace.


Tinta Mujahidah
-Hati Yang Sentiasa Rindu...you're appreciated-
-cahayakebahagiaan-





No comments:

Post a Comment