Friday, October 2, 2009

.:Catatan Perjalanan 4:.

Friday,2 oktober 2009

Salam...pulang bersama sahabat tercinta...masa yang ada untuk bersama juga semakin singkat..mungkinkah ada kesempatan lagi..Terima kasih sahabat..[kakak yuta mesti senyum] kerana sudi mendengar setiap isi hati ini...hanya Allah yang mampu membalasnya.Sesungguhnya benar DIA sebaik2 perancang,pencinta paling agung...adakalanya hanya kita yang alpa..meragui cinta yang diterjemahkan dalam bentuk ujian kesenangan,kesusahan dan yang sama waktu dengannya..esok...insyaAllah..akan berlangsungnya satu upacara besar di rumah saya. (^-^).semoga Allah permudahkan setiap perjalanan majlis...hanya doa dipohon..agar langkah mereka,saya,keluarga dan teman2 seperjuangan akan lebih kuat dan tabah.

Tuhan...
Taburilah dataran hatiku dengan benih keimanan
Agar bercambah di sini pohon ketaqwaan
dan tak gersang ia menjadi gurun kekufuran

Tuhan...
Pagarilah taman jiwaku dengan gerigi muraqabah
Agar mekar di sana bebunga mahmudah
dan tak rosak ia diragut mazmumah

Tuhan...
Ikatlah nafsuku dengan tali cinta-Mu
Agar ia tunduk taqarrub selalu
dan tak lepas kepada kasihkan dunia-Mu

Tuhan...
Siramilah aqalku dengan tafakkur
Agar pepohon ilmu dan makrifah di lamannya tumbuh subur
dan tak henti membuahkan syukur

Tuhan...
Kurniakanlah padaku khusyuk dan redha
Tenggelamkanlah hatiku dalam lautan cinta-Mu
Agar tunduk hati dan akalku pada kuasa-Mu
dan Kau terimalah kembaliku dalam redha kasih-Mu

Bersabarlah dengan kepelbagaian manusia.Kerana mereka ini sebahagian dari saya...Berlapang dadalah hati kerana saya,dia dan mereka sedang menjalani proses tarbiyyah...Semoga kalimah yang meniti di bibir saya,dia dan mereka adalah kerana kecintaan kami kepadaMU dan bukan sifat riak yang mampu menjadi titik hitam di hati kami

Cuba Untuk Memahami Atau Gagal Memahami?...

Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-Am i changing?-

2 comments: