Tuesday, August 25, 2009

.:Kias Cinta:.







Tuesday,25th August 2009


seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

Cinta YANG TERAGUNG itu hanya mampu diberi oleh PENCIPTA kepada pemilik jiwa ini.sehebat manakah cinta ini..andai dibandingkan dengan cintaNYA pada kita?muhasabah buat diri yang sering lupa...perkuatkan hati kami untuk mengotakan janji cinta kami padaMU ya Allah....




Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-Berlari2 mencari CINTA IlAHI...-

-semoga ada yang memahami-

Sunday, August 23, 2009

.:Tinta Yang Menulis:.

Saturday,22th August 2009

Salam....
alhamdulillah....tiba sudah ramadhan..semoga kita akan menjadi graduan2 hebat hasil daripada madrasah tarbiyyah ramadhan kali ini (^-^).Berniat untuk menitipkan sedikit coretan mengenai minggu lalu....namun masa yang ada harus digunakan dengan semaksimum mungkin untuk perkara yang lebih utama dan penting...syukur masih diberi kekuatan pada saat2 ini....;-).Banyak benar perkara2 yang telah berlaku sepanjang minggu yang lalu..alhamdulillah juga...Allah memudahkan setiap urusan yang datang..

Kisah Minggu lalu
Khas buat sahabiah2 yang turut merasai gelombang alfa sepanjang minggu lalu.
Terima kasih diucapkan kepada kalian yang amat memahami kekangan yang kami alami untuk melunaskan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar....Terima kasih juga buat insan2 yang berada disisi yang memberi sokongan padu...kalau difikirkan mana mungkin kerja-kerja itu mampu dilunaskan dalam hanya masa seminggu..namun atas keyakinan bahawa..ihfazillah yahfadzka(Jagalah Allah,niscaya Dia menjagamu) maka setiap satunya dapat kami selesaikan dengan baik...pelajar muslim yang belajar vs muslim yang belajar....kita yang mana satu ye? (^-~)...juga antara risalah vs ijazah...hm2

Perjalanan Ghuraba' Di Bumi Allah
Bermula dengan ingatan terhadap sirah junjungan besar kita Rasulullah S.A.W...manhaj nubuwwah yang dijadikan sebagai guideline di dalam hidup....(^-^)...moga
rindu yang bertandang terhadap kekasih Allah ini kan sentiasa mekar di dalam jiwa diri,sahabat dan sahabiah serta adik2 saya.

Perjalanan eksplorasi iman yang menunjukkan realiti sebenar kehidupan masyarakat yang semakin tenat.3 persoalan hidup..agar mereka berasa cukup bersyukur dan sedar bahawa tanggungjawab ini kian banyak dan inilah masanya untuk mereka bergerak....

"Wahai orang yang berselimut!Bangunlah,lalu berilah peringatan!dan agungkanlah Tuhanmu,dan bersihkanlah pakaianmu dan tinggalkanlah segala (perbuatan )yang keji,dan janganlah engkau(Muhammad)memberi(dengan maksud)memperoleh (balasan) yang lebih banyak.Dan Kerana Tuhanmu bersabarlah."(74:1-7)

Momentum baru mengenai kehidupan...."hasil sentuhan" kesedaran bahawa...kepentingan setiap wasilah ini....menuntut pengorbanan yang bukan sedikit daripada kita..sebagai bekalan buat hari muda DI SANA nanti (^-^)..Perkongsian dan pertemuan dengan mereka2..bahawa tak selamanya kami akan berada di sini...sudah sampai masanya untuk taklifan ini diberikan dan diturunkan...penyambung rantaian..agar takkan putus..agar ianya berkembang biak..agar lebih ramai yang mahukan kebaikan bukan sekadar untuk diri mereka..tetapi mahu mereka yang masih tidak mendapat sentuhan akan bersama2 merasai kemanisan sebagaimana yang mereka rasai.Doakan kami thabat..tak kira di mana kami berada ataupun di medan mana kami berjuang.Benarkan kami menyumbang demi deenNYa..kehidupan yang semakin singkat di dunia.

Tarbiyyah itu juga memerlukan seni...bakat2 terpendam mereka rupanya(^-^)...dalam menyampaikan mesej perjuangan para sahabiah...alhamdulillah..moga anugerah yang diberikan mampu kami gunakan secara optimum untuk jalan ini...oh yer perkongsian "heart-to heart"..mengimbau kembali bagaimana setiap daripada kami bertemu dengan kemanisan tarbiyyah...alhamdulillah..jangan palingkan hati kami Ya Allah setelah kau berikan sinar cahaya dan hidayah..amin ya rabbal alamin..

Kemuncaknya adalah "war game"..huhu..teringat masa zaman saya dulu2(macam dah tua sangat pulak)...sangat best....saat mana aqidah yang satu mahu diperjuangkan vs kuffar yang 'kelihatan hebat'..saat mana deen itu perlu dipertahankan vs tanpa kelengkapan yang cukup...saat mana rasa berjuang dan berkorban demi deen itu diletakkan di tempat yang tertinggi kerana mahu hidup mulia,mati juga mulia...laungan AllahuAkbar...Lailahaillallah...Subhanallah..Ingatan buat diri saya yang juga sentiasa lupa...kerana saya dan mereka telah melalui saat ini..moga kami tahu,sedar,dan sewajibnya diterjemahkan dalam amal bahawa generasi rabbani inilah yang perlu 'bekerja' untuk membantu mereka2 yang lain keluar dari ruang gelap kepada cahaya sebenar.

Minggu ini
Minggu genting juga...last touch-up untuk proposal...Bilangan Suspected H1N1 juga semakin tinggi..desas-desus ukm bakal tutup juga semakin hebat....atas kesedaran kami perlu sihat untuk mengharungi hari2 yang datang..jadi...


Justify Full
N95 Mask 3M Masks Respirator

Mencegah lebih baik daripada merawat....semoga Allah permudahkan urusan kami..hindarkan kami daripada segala penyakit..

Oh yer..kejadian "competitive forces"..mereka2 yang melalui pasti tahu..hehe..alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kami seminggu lagi untuk melunaskannya....juga kejadian pagi b4 kelas microcom..moga tak berulang...;-)...di pengakhiran minggu..bertemu dengan insan yang telah lama saya tidak temui...sangat gembira..alhamdulillah..semoga selepas ini diakan dipermudahkan urusan...hanya menyeru...yang memilih itu KEKASIH TERAGUNG saya....

Topik Utama




Berpeluang meraikan ramadhan pertama bersama mereka yang saya cinta...maafkan diri ini andai tak selalu dapat bersama...i'll do my best next time..doakan saya dipermudahkan sahaja...saya amat memerlukan doa kalian...semua dapat pulang minggu ini...(^-^)...setiap kali pulang ada sahaja cerita baru...[banyak jugak saya dah terlepas..apakan daya]...betapa di sudut hati kecil ini saya mahu berada di dalam setiap epilog kehidupan kalian...berada bersama di saat2 hari bermakna kalian...hari anugerah dan kecemerlangan,konvokesyen dan etc...Sesungguhnya
Doa yang makbul ialah doa untuk saudaranya
di saat saudaranya itu tidak mengetahui

Mendengar perkhabaran dari adinda saya..tentang prog2 "duduk dalam iman" yang dihadiri...sama ada melalui sms ataupun sewaktu kami pulang ke teratak ini....saya turut gembira...kerana dia juga mahu berada di atas jalan ini...walau apapun....selalu saya perkatakan kepadanya..."eventhough we're riding the different vehicles,but our destination is the same".Yang mempersatukan jalinan ini adalah di atas satu aqidah dan keimanan yang sama serta cara untuk mencapai matlamat itu juga perlulah benar.Asal mana dia mampu menyumbang demi islam seoptimum mungkin maka pilihlah.Berlapang dadalah wahai hati...Sewaktu pertemuan dengan sahabat2 itu mereka juga ada memperkatakan...."Andai satu hari nanti,enti atau ana sendiri tak berada di medan yang sama..maka ingatlah...bahawa persaudaraan antara kita takkan terputus..kerana kita dipersaudarakan di atas deen yang sama..ukhuwwah yang terbina adalah ukhuwwah islamiyyah".Jazakillah ya ukhti....(^-^)...InsyaAllah kasih sayang ini akan tetap sama...Cuma yang diri ini sangat pasti bahawa ,hanya insan2 yang melalui jalan ini sahaja akan mengetahui "kesibukan" yang di alami...ada juga yang bertanya bz sangat ke?...saya hanya mampu tersenyum...rakaman ucapan terima kasih kepada my rumate..sbb amat memahami "kesibukan" saya.Tak selalu dapat bersama..namun masa yang ada kami gunakan dengan berkualiti..kan dear rumate?..heheh.Betapa...saya memerlukan insan yang dapat mendokong saya dengan kuat..peringatkan saya bila lemah..menenangkan saya bila gelisah...semoga Allahkan pertemukan jua satu hari nanti..serahkan pada dia yang MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Cerita Ramadhan Lagi
Mahu menjadikan ramadhan ini lebih bermakna....merasai basah dengan roh ramadhan....agar bekalan ini..mampu menyiapkan kita untuk 11 bulan yang pastinya penuh dengan mehnah dan tribulasi..kerana apa?kerana inilah kehidupan....ramadhan ke-2...pemergian insan tersayang..semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman...ramadhan ke-2 yang tak mungkin saya lupakan...kerna waktu mendengar perkhabaran itu tiada air mata yang tumpah..barangkali..kerana terasa baru smalam rasanya saya merasa kehangatan tangannya menyambut salam saya..menuturkan bahawa saya perlu menjadi lebih berdikari...semoga saya akan dapat menjadi anak solehah agar doa ini akan sampai kepadanya...wallahu'Alam


Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-Madrasah Tarbiyyah Ramadhan-

Monday, August 10, 2009

.:Catatan Perjalanan 2 :.

Monday,10th August 2009

Salam....
minggu ini insyaAllah...akan mengalami gelombang alfa dalam bilik kot..;-)...sedang berusaha dengan serajin2nya untuk menyiapkan draft proposal dan presentationnya skali...heheh....terpaksa mengkuarantinkan diri sementara[bukan h1n1 jer kene kuarantin]...tapi 'kerja2 biasa kan tetap dijalankan'...semoga saya diberi kekuatan.Ops...sempatlah pulak tulis entry niekan...hehe..pulang dari library tadi bersama2 rumate...seingat saya..ini pertama kali hujan lebat di ukm...sejak beberapa lama saya di sini..apa yang terlintas di pkran saya saat itu...herm2...teringat kembali saat2 2 minggu awal masuk ke mpob..."tsunami".Alhamdulillah Allah berikan ketenangan dan kelapangan fikiran saat itu..thank u Allah....(^-^).Tapi yang bestnya dapat pelangi pada pengakhiran hari..[senyum].Mungkin selepas hujan reda saya tak keluar..mungkin2 cik pelangi dah menunjukkan mukanya..saya dah terlepas ;-(.Langit tak selalu cerah...pelangi takkan selalu berkunjung selepas hujan...matahari takkan selalu menyinar..adakalanya terang bulan menyorok pulak...itulah kehidupan....Menantikan hadiah dari KEKASIH SAYA.Untuk diri yang selalu lupa..."DIA tgh bagi hadiah kat awakla nie".."DIA tak pernah palsu dalam memberi janjikan,doa yer"..Alamak terpukul pulak.Hehe..terima kasih pada yang mengingatkan....saya tahu saya kuat.betul2[upin dan ipin].Bila mana tawakal diuji pohonlah kekuatan dariNYA..Saya ingat lagi ayat nie...ayat yang saya memula dapat masa saya jumpa jalan ini......dapat merasai ruh tersebut hingga ke hati....;-)


"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah:216)



Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-Sudah tibakah saat dan waktunya?...wallahu'alam....hanya ENGKAU sebaik2 PENOLONG dan PENUNJUK JALAN Ya Allah...kekuatan luar biasa-




Saturday, August 8, 2009

.:Hadiah buat jiwa-jiwa yang tabah:.

Saturday,8th August 2009




Salam
alhamdulillah....sudah berada di teratak kecintaan...menunaikan hak2 yang sudah lama tak tertunai.asif yang amat..salah diri juga...kerana tak mampu mengatur masa dengan baik...insyaAllah after nie kene cuba dengan lebih baik :-)...terima kasih juga buat sahabat2 seperjuangan yang sedia memahami dan menemani...saat bila mana terpandang wajah kalian seakan2 ada kuasa luar biasa yang mampu memberi kekuatan...sewaktu bertemu dengan mereka2 dalam aktiviti "duduk dalam iman" semalam..bagai terimbau kembali saat2 indah bertemu dengan jalan ini...jalan yang jauh,panjang,susah tetapi sangat manis,x mampu dirungkaikan dengan kata-kata.2-3 minggu yang lalu...banyak juga perkara yang dah berlaku....

Kesyukuran tak terhingga kerana masih menghadirkan kecintaan yang amat pada jalan ini..buat adik2 saya yang baru sahaja melangkah ke jalan ini ahlan wa sahlan diucapkan...aktiviti "kejar-mengejar" bukanlah fenomena baru....semoga adik2 kan dikurniakan juga jiwa2 yang tabah untuk menghadapinya...andai disingkap lembaran sirah rasulullah..pasti kita akan tertanya bagaimana bilangan perkembangan umat islam itu menunjukkan penambahan angka dan kualiti yang hebat....dan tidak berlaku pada zaman kita..mengapa tidak berbondong2 mereka masuk islam secara kaffah...tak lain dan tak bukan...kerana mereka yakin dengan keberkesanan jalan dakwah ini...bukan sekadar percaya...namun yang penting adalah KEYAKINAN KITA PADA KEBERKESANAN JALAN DAKWAH INI ..peringatan ini juga khusus buat diri yang sering lupa..kerana sesungguhnya mulut yang berkata2 ini lebih dekat dengan telinga sendiri yang mendengar.

"Kami kisahkan kepadamu(Muhammad) cerita ini dengan benar.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk(Al-Kahfi:13)

Berpeluang menyertai satu misi yang besar....menyedari rupa2nya diri ini masih banyak perlu ditop up dan sangat cemburu melihat insan2 yang punya semangat juang keranaNYA yang amat tinggi...bukan masa untuk terus tidur dan bergoyang kaki wahai diri....Semoga mereka yang saya cintai....saudara seislam saya akan berpeluang untuk merasai bagaimana hati disentuh oleh KEKASIH SEBENAR....Izinkan saya menjadi sehebat khadijah,aisyah,nusaibah,ummu sulaim dan seumpamanya...kebal dan kental. Minggu hadapan insyaAllah...akan bersama2 membina rijal2 yang bakal bersama2 dalam jalan ini..semoga apa yang bakal kita lalui akan menjadi titik tolak kepada kita untuk merasai roh sebenar tarbiyyah.....

Hidup ini punya pilihan sebenarnya...herm..semoga Allah permudahkan urusan saya untuk membuat sebarang pilihan yang besar sem ini...krna saya tak punya upaya dan kudrat melainkan dengan kehendakNYA..tunjukkan pilihan yang benar dan mampu mendokong saya.Ada seorang sahabat saya menyatakan ada ketikanya kita akan dijui dengan apa yang kita perkatakan....namun jangan mudah kalah dan menyerah....sesungguhnya tarbiyyah itu bukan hanya dengan wasilah2 yang kita telah lalui..namun apa yang berlaku sehari2 dalam hidup juga tarbiyyah...indah kan?;-).Tawakal manusia itu juga akan diuji.wahai diri kuatlah...pelangi...pelangi..pelangi....

Sya'aban bakal melabuhkan waktunya..ramadhan bakal berkunjung...sudah terasa2 kehangatan ramadhan...seingat saya...sedari kecil ada sahaja kisah2 baru berlaku dalam bulan ramadhan...sehingga kini...masih segar dalam ingatan ramadhan 1998 merupakan ramadhan yang paling akan saya ingati...mengapa?herm...cerita di sebalik cerita...semoga ramadhan kali ini..adalah lebih baik dari sebelum2nya...semoga kita kan dapat bersama2 merasai roh ramadhan yang sebenar....persiapkan diri dengan ramadhan yang amat dinanti2....wallahu'alam....takbir!....Allahuakbar...

Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-adakah kepulangan itu kepulangan yang dinanti..ya Allah permudahkan urusan..tabahkan dan redhakan hati ini-