Saturday, August 8, 2009

.:Hadiah buat jiwa-jiwa yang tabah:.

Saturday,8th August 2009




Salam
alhamdulillah....sudah berada di teratak kecintaan...menunaikan hak2 yang sudah lama tak tertunai.asif yang amat..salah diri juga...kerana tak mampu mengatur masa dengan baik...insyaAllah after nie kene cuba dengan lebih baik :-)...terima kasih juga buat sahabat2 seperjuangan yang sedia memahami dan menemani...saat bila mana terpandang wajah kalian seakan2 ada kuasa luar biasa yang mampu memberi kekuatan...sewaktu bertemu dengan mereka2 dalam aktiviti "duduk dalam iman" semalam..bagai terimbau kembali saat2 indah bertemu dengan jalan ini...jalan yang jauh,panjang,susah tetapi sangat manis,x mampu dirungkaikan dengan kata-kata.2-3 minggu yang lalu...banyak juga perkara yang dah berlaku....

Kesyukuran tak terhingga kerana masih menghadirkan kecintaan yang amat pada jalan ini..buat adik2 saya yang baru sahaja melangkah ke jalan ini ahlan wa sahlan diucapkan...aktiviti "kejar-mengejar" bukanlah fenomena baru....semoga adik2 kan dikurniakan juga jiwa2 yang tabah untuk menghadapinya...andai disingkap lembaran sirah rasulullah..pasti kita akan tertanya bagaimana bilangan perkembangan umat islam itu menunjukkan penambahan angka dan kualiti yang hebat....dan tidak berlaku pada zaman kita..mengapa tidak berbondong2 mereka masuk islam secara kaffah...tak lain dan tak bukan...kerana mereka yakin dengan keberkesanan jalan dakwah ini...bukan sekadar percaya...namun yang penting adalah KEYAKINAN KITA PADA KEBERKESANAN JALAN DAKWAH INI ..peringatan ini juga khusus buat diri yang sering lupa..kerana sesungguhnya mulut yang berkata2 ini lebih dekat dengan telinga sendiri yang mendengar.

"Kami kisahkan kepadamu(Muhammad) cerita ini dengan benar.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk(Al-Kahfi:13)

Berpeluang menyertai satu misi yang besar....menyedari rupa2nya diri ini masih banyak perlu ditop up dan sangat cemburu melihat insan2 yang punya semangat juang keranaNYA yang amat tinggi...bukan masa untuk terus tidur dan bergoyang kaki wahai diri....Semoga mereka yang saya cintai....saudara seislam saya akan berpeluang untuk merasai bagaimana hati disentuh oleh KEKASIH SEBENAR....Izinkan saya menjadi sehebat khadijah,aisyah,nusaibah,ummu sulaim dan seumpamanya...kebal dan kental. Minggu hadapan insyaAllah...akan bersama2 membina rijal2 yang bakal bersama2 dalam jalan ini..semoga apa yang bakal kita lalui akan menjadi titik tolak kepada kita untuk merasai roh sebenar tarbiyyah.....

Hidup ini punya pilihan sebenarnya...herm..semoga Allah permudahkan urusan saya untuk membuat sebarang pilihan yang besar sem ini...krna saya tak punya upaya dan kudrat melainkan dengan kehendakNYA..tunjukkan pilihan yang benar dan mampu mendokong saya.Ada seorang sahabat saya menyatakan ada ketikanya kita akan dijui dengan apa yang kita perkatakan....namun jangan mudah kalah dan menyerah....sesungguhnya tarbiyyah itu bukan hanya dengan wasilah2 yang kita telah lalui..namun apa yang berlaku sehari2 dalam hidup juga tarbiyyah...indah kan?;-).Tawakal manusia itu juga akan diuji.wahai diri kuatlah...pelangi...pelangi..pelangi....

Sya'aban bakal melabuhkan waktunya..ramadhan bakal berkunjung...sudah terasa2 kehangatan ramadhan...seingat saya...sedari kecil ada sahaja kisah2 baru berlaku dalam bulan ramadhan...sehingga kini...masih segar dalam ingatan ramadhan 1998 merupakan ramadhan yang paling akan saya ingati...mengapa?herm...cerita di sebalik cerita...semoga ramadhan kali ini..adalah lebih baik dari sebelum2nya...semoga kita kan dapat bersama2 merasai roh ramadhan yang sebenar....persiapkan diri dengan ramadhan yang amat dinanti2....wallahu'alam....takbir!....Allahuakbar...

Tinta Mujahidah
-cahayakebahagiaan-
-adakah kepulangan itu kepulangan yang dinanti..ya Allah permudahkan urusan..tabahkan dan redhakan hati ini-


No comments:

Post a Comment